Walaupun berwabak, kahwin dan baby tetap jadi nombor 1!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tahun 2020 sememangnya tahun yang tidak disangka oleh sesiapa pun. Segala rancangan terpaksa dibatalkan atau ditangguh.

Namun begitu, kita merancang, Tuhan yang menentukan, kan? Ayuh imbas kembali beberapa selebriti setempat yang mengambil kesempatan Covid-19 ini untuk menceriakan kehidupan mereka dengan sama ada berkahwin… atau buat anak sebab terperap je kat rumah huhu.

Maklumlah… tak payah undang ramai orang ke majlis, save duit. Dan lebih banyak masa diluangkan bersama, jadi… peluang untuk mendapat zuriat tu melonjak!


Farisha Ishak

Pemenang The Final One dan siswa Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Farisha Ishak, ini bernikah dengan kekasihnya dari NUS sekitar bulan Jun.

Beliau yang mengenali suaminya, Connnor Cooke, menerusi kelas bahasa Mandarin di NUS bernikah setelah 4 tahun mengenali satu sama lain.

Rahila Rashun

Bernikah pada Febuari bersama rapper setempat, KpBlvck, Rahila Rashun kini sudah bercahaya mata!

Pemenang SG Mania 3 itu kini digelar seorang ibu kepada seorang anak perempuan bernama Maheera Bibi!

Aliff Aziz

Walaupun sempadan memisahkan pasangan ini, ia cuma mengukuhkan lagi perhubungan mereka sebagai suami isteri. Apakan tidak, pengumuman kehamilan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, mengejutkan warganet di Malaysia dan Singapura!

Pada masa yang sama, ia juga menjawab segala persoalan mengenai perkahwinan mereka. Pada masa siaran ini ditulis, difahamkan Aliff Aziz telah terbang ke Kuala Lumpur untuk akhirnya bertemu dengan isteri dan anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, di Malaysia.

Hetty Sarlene

Setelah empat tahun bernikah, Hetty Sarlene dan suaminya, Daniel Oakes, bakal mengalu-alukan kedatangan baby boy mereka Januari depan.

Mereka juga berjenaka dengan menggunakan tanda pagar #lockdownbaby!

Biwa Mastura & Syaiful Ariffin

Selang beberapa bulan bernikah, pasangan pelakon ini mengumumkan di Instagram bahawa mereka bakal menimang cahaya mata!

Melihat gelagat Syaiful dan Biwa di Instagram juga amat lucu sekali! Give this power couple a follow!

Fadli Kamsani

DJ Warna 94.2FM, Fadli Kamsani bernikah akhir bulan November bersama isterinya, Ainin Sofiya.

Majlis pernikahan mereka ditayang secara langsung di Facebook Mediacorp Warna dan juga Suria.

Atyy Malek

Pelakon popular, Atyy Malek, bernikah dengan suaminya, Syahmi Kadir Oktober lalu, di mana acara pernikahan ditayangkan di YouTube secara langsung.

Mereka ni kekasih sejak bangku sekolah lagi tau! Cute, kan?

Shah Iskandar

Pelakon asal Singapura, Shah Iskandar dan isterinya, Sarah Norris dianugerahkan baby boy bernama Yusuf Zulkarnaen.

Mereka telah berumahtangga selama empat tahun.

Ikah Jamil

Usahawan selebriti, Ikah Jamil, bukan saja membuka bisnes baru. Malah, beliau juga menamatkan zaman bujangnya!

Ikah dan suaminya, Aliff Ethan Zainal, selamat diijabkabulkan pada bulan September.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Diva Nusantara, Tokti bakal menimang baby boy! Itulah yang didedahkan dalam video di Shopee.

Gambar pengumuman kehamilannya ala Beyoncè itu mendapat lebih 400,000 sukaan di Instagram.

Sheiryn Aisiqa

Sememangnya, inilah yang menggemparkan satu Singapura. Pengumuman ala TikTok oleh Aisiqa Sinclair mengenai kehamilannya mengejutkan warganet.

Bukan itu saja, gender reveal buat bayinya yang baru saja dilahirkan beberapa hari lalu diumumkan ala Game of Thrones vibes!

Aisiqa dan suami, Dave Sinclair, terpaksa menangguh perkahwinannya yang dirancang untuk diadakan di luar negara dek Covid-19.


Walaupun tahun 2020 ini penuh dengan berita yang tidak ingin kita baca dan harapkan, kami turut kongsi gembira apabila mendapat tahu bahawa selebriti-selebriti ini dapat mencari kebahagiaan dalam situasi tidak menentu ini.

Semoga 2021 menjadi tahun yang semestinya lebih bermakna!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Farisha Ishak, Atyy Malek, Ikah Jamil, Rahila Rashun, Hetty Sarlene, Shah Iskandar, Nuraliza Osman & Facebook Warna)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s