Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Rezeki tuhan bayar cash.
Itulah istilah yang kerap kedengaran dalam kalangan anak muda kebelakangan ini apabila berbincang perkara berkenaan rezeki.
Dan siapa lagi kalau bukan pempengaruh tempatan ini yang dapat merasakan kurniaan Ramadan ini? Semalam, jelitawan dan selebriti Wirda Elliesa berjaya menjual koleksi kebaya terbarunya dalam masa 10 minit!
Menurut siaran Instagram peserta Anugerah Skrin 2016 itu pagi tadi, Kebaya Aulia wine red telah habis dijual kurang 10 minit. Wirda juga tidak sabar untuk membungkus pesanan-pesanannya Isnin nanti. Hanya tinggal warna Olive Green yang masih ada stok.
Menarik sekali, Wirda bukan saja mendapat tempahan dari Singapura tapi serta seluruh dunia!
Sebelum ini, koleksi pertamanya habis dijual dalam masa empat hari.
Menurut catatan ini, koleksi yang sudah habis dijual tidak akan dicipta lagi.
Sungguh menakjubkan melihat perniagaan pempengaruh ini berjaya, walaupun berdepan dengan pelbagai tomahan dan kecaman oleh pempengaruh tahap-C apabila Wirda mendedahkan bahawa dia akan membuka bisnes busana kebaya.
Malang sekali, perniagaan pempengaruh tahap-C itu kini under revamp walaupun belum sebulan lamanya.
Ini mungkin kerana produk yang dijual tidak sesuai dengan demografik pengikut Instagramnya di mana kebanyakan omputeh. Apabila kami mengeklik lelaman The Date Pod, kami dibawa ke halaman ini:
Apa terjadi, Hani?
Sememangnya, lumrah berbisnes ni banyak haters, kan? Wirda turut berkongsi haters yang tiber muncul di laman Kebaya Wirda.
Apa yang ditulis si Deana tu ada betulnya, tapi yang dia nak salty apesal? Biarlah orang lain nikmati kejayaan mereka, tak kisah kecil atau besar. Yang penting, Wirda happy.
Ni la orang, bila belum dapat, sanggup tunggu tapi bila tak dapat terus nak melenting. Bulan Ramadan ni ayuhlah bersabar ye?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Wirda Elliesa & Kebaya Wirda)
[…] IG Storynya yang kini sudah dipadam, Ilyhoney seolah-olah membuat kes malang tersebut mengenai […]
LikeLike
[…] Wirda Elliesa […]
LikeLike