Misteri Dilaila: Versi 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kini, masanya untuks saya kupaskan versi kedua Misteri Dilaila kerana saya telah pun menonton semua versi! Semua sudah, gitew!

Jika anda terlepas membaca kupasan versi pertama, klik di sini. Tahukah anda bahawa “mamat misai” dalam video Semua Sudah amatlah enak?

sis.

Kepada anda yang tidak tahu, filem seram/triller/psikologi yang dibintangi Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri ini sebenarnya mempunyai 2 pengakhiran!

Jalan ceritanya mula bercabang apabila watak Jeffri melarikan diri daripada diperangkap di sebuah garage? dan memecut ke villanya.

Setibanya di villa, wanita yang menerima cek 7 juta ringgit itu adalah… DILAILA yang sebenar!!!!! Rupa-rupanya, inspektor, Dilaila2.0 dan Farid telah berkomplot untuk merebut harta peninggalan arwah ayahnya. Inspektor bukanlah inspektor pun, dia seorang penipu! Apabila polis betul datang baru dia menggelabah. Di villa tersebut, Dilaila2.0 dan inspektor mengugut Jeffri dan Dilaila agar dengar cakap diorang. Jeffri dipaksa untuk meminum racun??? tapi dia tak mati pun. Mungkin racun itu untuk dia halusinasi kot..? Bila Jeffri dah minum baru si abang polis nak tunjuk terror lah nak jatuhkan pistol daripada genggaman si inspektor?? Bodo.

Setelah bergelut, Jeffri dan Dilaila lari untuk selamatkan diri. Inspektor nyanyi lagu Police Entry kakakakaka tapi takde orang ketawa sebab tiada satu pun yang dapat teka the pop culture reference.

Setelah tembak-menembak, akhirnya si inspektor ditembak dan plot twist, Dilaila sebenarnya hantu?????????????? Huh???? So what is the truth ni? Si abang polis pula berkata mayat Dilaila telah lama dijumpai. Hmmmm.

Jadi apakah ini semua? Tuan pengarah ingin bermain dengan fikiran kita? Secara peribadi, saya lebih suka versi kedua kerana unsur seramnya lebih menonjol berbanding versi 1. Versi pertama tu boleh dikatakan bukan kisah hantu tetapi cerita dongeng psikologi dari perspektif Jeffri.

Untuk rumuskan kededua versi:

1 – Lebih kepada psikologi dan akan disukai mereka-mereka yang lebih minat kepada unsur realisme dan logik. Menggunakan sains (kesan penyalahgunaan dadah, kesan emosi setelah kehilangan orang tersayang) untuk menjelaskan akhir cerita. Namun, identiti mayat perempuan masih menjadi tanda tanya kerana Dilaila muncul kembali setelah Jeffri meletup akibat kebakaran keretanya.

2 – Unsur seram yang lebih mendalam. Semuanya berlaku kerana “hantu”. Watak Dilaila yang muncul di villa walaupun Dilaila telah mati mungkin kerana Farid telah menyeru hantu yang menyerupai kakaknya di Villa itu untuk “bekerjasama” dengan mereka. Dan oleh kerana Jeffri telah minum kopi yang mempunyai bahan toksik, dia pun membayangkan hantu-hantu lain padahal hantu yang wujud dalam rumah itu hanya hantu yang menyerupai isterinya. Kerana itu, abang polis boleh melihat hantu tersebut!

Walaubagaimanapun, ia tidak munasabah untuk lakukan kesemua kerja-kerja ini hanya untuk 7 juta Ringgit Malaysia. Macam tak berbaloi gitu. Dalam versi 1, bunuh “isteri” untuk dapatkan harta. Versi 2 pula, berkomplot dengan kawan-kawan, dah lah tu, kenek kongsi lagi. So kenapa pihak penerbit or whoever pilih jumlah 7 juta? Adakah ini jumlah kutipan yang mereka anggarkan pada minggu pertama tayangan filem ini?

https://www.instagram.com/p/BuoVgibhWKU/

Dah menjangkau lebih daripada RM8 juta pun!

Kini, kami ingin tahu versi mana satukah yang anda suka? Undilah!

Tetapi, tahukah anda Syafiq Yusof kini dikecam kerana filemnya mempunyai banyak persamaan dengan filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini? Bukan 1 tetapi lebih daripada itu. Daripada filem Tamil bertajuk Puthiya Paravai dan filem Vanishing Act. Setelah dilabel sebagai ciplak, Skop Productions dan bapanya, Yusof Haslam menggesa orang ramai agar memberi dia peluang untuk jelaskan perkara ini dalam masa terdekat. Huhuhuhu ok work! Katanya, filemnya diilhamkan oleh 2 filem Korea bertajuk The Forgotten dan Challenging. Nampaknya begitu challenging ye buat filem ini sampai dah terforget pasal isu plagiarisme!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

5 comments

  1. Apa benda “takde orang ketawa sebab tiada satu pun yang dapat teka the pop culture reference.”

    Gila narcissistic punya statement. Aku rasa semua pun paham je tp tak gelak sebab tak kelakar pun.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s