Pengkritik Sandiwara merupakan satu-satunya lelaman hiburan Melayu Singapura yang membicarakan tentang drama serta rancangan di Televisyen, gosip artis setempat, teater serta muzikal Melayu tanahair (dan juga teater bukan Melayu), muzik Melayu Singapura dan banyak lagi!
Ditubuhkan pada 2015, tujuan Pengkritik Sandiwara adalah untuk menyediakan wadah bagi orang ramai bertukar pendapat tentang status quo hiburan Melayu Singapura. Dengan harapan agar kita dapat memperkasa, memperkaya dan menaikkan mutu hiburan Singapura.
Wujudnya Pengkritik Sandiwara kerana pada masa itu, tiadanya wadah lain untuk memberi pendapat alternatif mengenai hiburan Melayu setempat. Mujur kini, pelbagai wadah yang menarik yang membincangkan hiburan Melayu Singapura giat muncul!
Selain itu, Pengkritik Sandiwara juga rancak dalam membincangkan isu-isu yang dekat dengan hati belia Melayu kita.
Di sinilah anda akan mendapat tahu tentang pementasan akan datang, drama termerepek Suria, skandal retis Melayu setempat dan yang lain-lain sewaktu dengannya!
Selamat membaca.
Oh yes, lelaman ini juga penuh dengan sarcasm, perli, jenaka hambar dan inaccuracy. Bukan semua yang anda baca di sini 100% tepat/accurate. 🙂
Saya ada berita hangat tentang industri tv Sg.
LikeLike
wow! Apanya?
LikeLike