Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hanya selepas menerima ugutan daripada Berin Holy, Hani Nami meminta maaf.
https://twitter.com/raiyhani/status/1178007118730780672?s=20
Diselesaikan. Hargai promosi percuma walaupun, tambahan benda pasta itu dah lama. Saya membaca ini sambil memakan pasta.
Kata peminat kartun Simpsons itu yang sedang menikmati pasta kurang kuning pada sekitar jam 2 pagi.
Kepada yang tidak tahu, gadis ini mencuri desain dan akui itu hasil karyanya sendiri.
Cendekiawan itu telah memuatnaikkan satu siri highlights yang menyatakan bahawa dia mengaku kesilapannya dan sudah bersemuka dengan Berin Holy.
ILYHONEY juga mengongsi gambar tangkapan perbualannya bersama Berin, di situ Berin mengatakan bahawa Berin tidak akan menyamannya.
Adakah kekata maaf ini ditutur hanya kerana Hani tidak ada cukup wang, sekiranya disaman?
Ini menimbulkan banyak persoalan. Bagaimanakah pula dengan desain yang lain? Adakah Hani akan mengaku bahawa dia telah juga mencuri desain lain dan akan meminta maaf daripada pereka desain itu?
Ada juga yang mengatakan bahawa Hani kurang cerdik apabila mencuri kerana tidak konsisten dalam gaya desainnya, ‘terlalu versatil’.
Dalam kenyataan maafnya, dia juga mengatakan “my own path of success” atau “hala tujuan kejayaan saya”. Apa yang dimaksudkan? Adakah dengan mencuri desain di Google itu tanda kejayaan?
Jikalau pengguna @ihyhoney1 tidak mendedahkan perkara ini, mungkinkah Hani ingin memperbetulkan situasi ini?
Tidakkah dia fikir tentang moral apabila 1) mencari desain di internet 2) mencuri desain, 3) meletakkan watermark 4) memuatnaikkan gambar di IG Story dan setelah itu 5) mengaku rekaannya sendiri?
Adakah ini satu kesilapan atau ketidakwarasan?
Bak kata pepatah… Once is a mistake, twice is a
Bukan itu saja, apabila disoal tentang latar belakang sekolahnya, Hani mengelak.
Semenjak bila zina saya bersekolah di NAFA
Hani juga telah menghapuskan komen tersebut.
Dia juga sempat mengingatkan orang ramai bahawa membuli di alam maya bukan sesuatu yang harus digalakkan. Malah, finalis Miss Universe itu tidak pernah membuli orang di alam maya!
https://twitter.com/raiyhani/status/1177412778081914881
Kata dulang, paku serpih…
Kami menunggu hasil karya seni Hani. Ayuh berdoa dia akan mengongsi bagaimana dia telah bersengkang mata untuk copy paste mereka kerja-kerja seni yang bertaraf antarabangsa.
Jadi… apa yang solvednye, cik kak oi?
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] bagaimanapun, kami harap ILYHONEY akan terus berjaya dalam […]
LikeLike