Konsert DOLLA: Good Girls Gone Bad di Singapura – tangguh atau tidak?

Lewat petang tadi, SAH Entertainment telah mengumumkan melalui Instagram mereka bahawa konsert DOLLA: Good Girls Gone Bad akan ditunda. Tarikh baharu tidak diberitahu.

Advertisements

Menurut siaran tersebut, penangguhan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab “jadual yang bercanggah“. Tarikh konsert di Kuala Lumpur, Malaysia tetap akan berjalan seperti dirancang.

Pengembalian wang akan dilakukan kepada pembeli tiket dalam masa 14 hingga 21 hari bekerja.

Post deleted?

Namun begitu, siaran tersebut telah dipadam daripada lelaman IG SAH Entertainment sehinggalah waktu artikel ini ditulis.

Ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kalangan iDollas di group chat SAH Entertainment serta iDollas. Sama ada ia benar-benar tangguh, batal atau khabar angin saja?

Advertisements

Peliknya, siaran di Facebook SAH Entertainment tidak dipadam.

Kami di Pengkritik Sandiwara turut keliru.

Sistic dah e-mel!

Yang pasti, kami difahamkan bahawa beberapa pembeli tiket DOLLA telah menerima e-mel daripada pihak Sistic yang mengatakan bahawa konsert yang sepatutnya berlangsung pada 22 November di Capitol Theatre itu ditangguhkan atau postponed.

Setakat ini, tiada kemas kini daripada pihak SAH Entertainment.

Tak sold out ke?

Secara peribadi, apabila SAH Entertainment mengumumkan bahawa DOLLA akan adakan konsert bukan saja di Singapura tapi serta KL juga, saya sudah boleh teka bahawa tiket DOLLA mungkin tidak akan sold out seperti yang dijangkakan.

Advertisements

Ini kerana majoriti iDollas daripada Malaysia sudah tidak perlu ke Singapura untuk menonton konsert Good Girls Gone Bad. Lebih murah dan senang untuk mereka ke Kuala Lumpur sahaja, kan?

Kan lebih strategik untuk umumkan konsert Singapura dahulu, dan apabila sales dah hit target, baru lah boleh umumkan bahawa ada high demand dan oleh itu, DOLLA akan tambah konsert di KL!

Strategi pemasaran mereka mungkin agak tidak begitu padat dalam hal ini.

Sama ada tiket DOLLA di Singapura sold out atau tidak, kami tidak pasti. Setakat ini, tiada berita tentang ia sold out.

Jadual bercanggah?

Apa agaknya ‘jadual bercanggah’ itu?

Konsert kot takkan lah tak rancang awal-awal? Bukan ke dah buat sidang media berbulan yang lalu? Bersama Ernie Zakri dan Insomniacks?

Terus, sebulan sebelum konsert umum ada conflicting schedule?

Agak merisaukan ye…

Tak dapat tengok DOLLA berkebaya?

Nampak gaya, saya harus tunggu lebih lama untuk melihat Angel, Tabby dan Sabronzo berkebaya di konsert mereka di Singapura.

Bukan kali pertama konsert DOLLA huru-hara

Sebelum ini, konsert DOLLA di Malaysia pun agak kecoh. Ada masalah dengan pembelian tiket! Mujur pihak penganjur dan vendor tiket bekerjasama cepat untuk menangani isu tersebut.

Advertisements

Agak-agak, bila DOLLA akan membuat konsert solonya di luar Malaysia, eh?

One comment

Tinggalkan komen