Konsert DOLLA di Singapura pada 22 November?

“We are riding onto something big by the girls”

Itulah yang ditulis oleh SAH Entertainment mengenai status konsert Dolla di Singapura apabila peminat bertanya mengenai perkara itu di SAH Telegram Chat.

gambar tangkap layar SAH Chat Box

Pihak penganjur itu berkata bahawa konsert kumpulan girl group Malaysia itu harus ditundakan kepada bulan 11 kerana ada perkara yang besar yang mereka merancang. Agak-agak apakah yang mereka sedang rancangkan? Album baharu? Tour di Asia Tenggara? Comeback?

Advertisements

Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel bakal tampil dengan konsert sulung mereka di Singapura anjuran SAH Entertainment. Selang beberapa minit, SAH Entertainment menghantar satu lagi mesej:

gambar tangkap layar SAH Chat Box

Singapore – 22 November

Mungkin itulah tarikh konsert Dolla di Kota Singa ini. Namun apapun, para iDollas masih menanti pengumuman rasmi daripada Dolla, pihak penganjur serta Universal Music Malaysia (UMM).

Advertisements

Dipercayai bahawa konsert ini mungkin diadakan di lokasi yang sama seperti konsert Insomniacks akan datang iaitu di Capitol Theatre. Insomniacks juga di bawah naungan UMM.

Sementara menunggu pengumuman rasmi, apa kata korang stream single comeback terbaru Dolla, MWA! di wadah muzik kegemaran anda?

Advertisements

3 comments

Tinggalkan komen