Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pejam, celik, pejam, celik… dah hujung Disember. Begitu pantas masa berlalu kan? Dan seperti biasa, kita akan merumuskan tragedi, drama, skandal yang berlaku di dalam dunia Melayu setempat!
Sekiranya anda belum baca edisi 2020, boleh klik di sini.
Jadi, apakah peristiwa yang menggegarkan masyarakat Melayu SG pada 2021?
Lysha Manja & Boi Panda rujuk semula
Terkejut satu Temasek tatkala melihat video TikTok di mana TikToker terkenal setempat, Lysha Manja dan Boii Panda, bersatu semula melakukan gerak tari trending.
Sebelum ini, pasangan selebriti ini telah mendedahkan di TikTok bahawa mereka sudah berpisah. Bahkan, Lysha Manja pernah beraksi di TikTok LIVE untuk menerangkan hubungan mereka.
Bak kata pepatah – kita merancang, Tuhan menentukan. Kalau dah jodoh. Tak ke mana!
Raeesah Khan
Gurl… kenapa kau bohong?
Whatever it is, cantik kau nyah with that new lewk!
Perkahwinan Hannah Delisha & Imam Shah
Bukan saja warganet Singapura yang terkejut beruk bila ternampak gambar perkahwinan Hannah dan Imam, paparazi di Malaysia pun mempunyai reaksi yang sama!
Perhubungan mereka dirahsiakan sehinggalah ke pelamin. Tengok tu, hampir sejuta likes!
unConventional Malay
Huru-hara satu Singapura apabila video wanita berkulit sawo matang kelihatan Jawa toktok menganggap dirinya unconventional Malay atau Melayu bukan biashe-biashe. Video itu tular di TikTok sampailah ke negara jiran!
Min baru sedar dia ada video di YouTube untuk menjelaskan peristiwa ini tapi erm who cares? Sekadar seribu views jek. Gigih dia edit hahahahahhahahaha
Farah Diyanah
Err… Ok, next.
Yang penting, Mediacorp nak je milk the only minority drama yang boleh mereka dapatkan.
Skandal Hans Ashrie & Aidil Arsad
Warganet memang suka fitnah eh? Setakat video berapa saat kat TikTok, pelbagai andaian korang buat. Tak bagus!
Apa yang korang dapat buat fitnah ni semua?
A Mom Us berpisah
Setelah berada di tangga pertama Spotify buat beberapa saat, podcasters yang pada mulanya berlima terus berempat.
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku? Hingga hari ini, rahsia mereka belum diketahui orang awam.
ilyhoney
Si dekni kalau takde benda memang suka buat benda. Dari pendapatnya mengenai insiden ngeri di Sekolah Tinggi River Valley, amalan ruqyahnya, panduan berbisnes hinggalah sebutan wood-who.
Jantan tak guna ranking ustazah
Apakah kesudahan siasatan bagi situasi ini? Ada apa-apa kemas kini tak?
Mungkin tahun 2020-an adalah tempoh masa di mana kami mendedahkan misogynistic men. Kisah ini dan juga OkLetsGo dihangatkan, pasti kita boleh buat lagi.
Gambar mempelai untuk Hari Raya
Gurl… ni paling tak boleh diotakkan!
Gambar Sarah Bagharib dan suaminya dibuatkan sepanduk untuk Hari Raya. Eh? Tiber.
Apa yang lebih menghampakan lagi adalah organisasi yang menjayakan dekorasi ini bukan calang-calang… Tapi apa yang kelakar adalah reaksi seorang mantan Anggota Parlimen ini:
Amrin Amin
HUH? Mentang-mentang bukan politikus lagi senang-senang panggil orang snowflake eh? Benci!
baju baju, Friendship friendship
Min tak tau apa yang mengakibatkan pepatah ini untuk ditutur tapi kelakar. Kecoh satu Singapura.
Norfasarie bandingkan PSLE dirinya dan anaknya
Kenapa?
Siaran Norfa telah dipadamkan.
Nasi Padang tanpa MSG
HAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHA
Baca artikel tentang The Ritual di sini.
Jenaka bunuh diri
Adelah syarikat busana ni buat LIVE tapi tunjuk adegan bunuh diri.


Ade follower dah bilang Min, mereka dah jelaskan isu ini. Alhamdulillah, bunuh diri ini sekadar lawak jenaka menurut mereka.
Min dah cuba bilang diorang tapi diorang dah block Min…
Jenaka blackface
Kenapa masih berlaku?
Chile…
Oniatta dilabel orang berkulit putih
Peristiwa ini agak ikonik tapi membingungkan so Min takkan berleter panjang. Bace je di sini.
Erwin Dawson sertai TikTok
Jika 2020 pelakon kacak ini antiTikTok, tahun ini dia telah berubah.
Malah, akaun TikToknya digunakan sebagai wadah untuk berdakwah!
Itu saja buat 2021. Ade yang Min terlepas tak? Cuba kongsi! Semoga tahun 2022 akan ada lebih drama yang sensasi!
– Pengkritik Sandiwara