Warganet pertikai tarikh perkahwinan Hannah Delisha dan Imam Shah

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Mereka baru saja umumkan perkahwinan mereka beberapa minggu lalu, tapi kontroversi tidak putus melanda.

Selang beberapa jam gambar dimuatnaikkan, warganet Malaysia memandang rendah terhadap rupa suami Hannah Delisha, Imam Shah. Walhal, si mamat tu sado dan kacak kot?

Kini, khabar angin menyatakan bahawa ibu kandung Hannah tidak merestui perkahwinan mereka. Eh?

Akaun kakcikwujudku menulis karya bersertakan tanda pagar #IbuTidakRestu. Dipercayai pemilik akaun itu merupakan ibu kandung Hannah. Peliknya, Hannah mahupun Imam tidak mengikuti akaun ini.


Ikuti kami di socmed!


Tapi siaran ini bukan pasal benda ni kot. Ni kan benda keluarga peribadi, so biarkan settle sendiri.

Tambahan pula, Hannah dah keluarkan kenyataan!

Hannah meminta maaf dan hanya inginkan keperibadian pada masa ini.

Persoalannya sekarang… bilakah mereka adakan majlis pernikahan ini?

Gambar-gambar yang dimuatnaikkan pelakon hebat, ibu kepada Imam Shah menunjukkan bahawa tiada jarak selamat di dalam gambar-gambar kahwin anaknya. Tiada seorang pun yang memakai pelitup muka.

Ini membuat orang ramai membuat andaian bahawa majlis ini diadakan tahun lepas atau lebih awal dari itu.

Selain itu, kewujudan gambar selebriti Eleena Sui memperkukuhkan andaian ini.

Jelitawan dari seberang tambak ini memuatnaikkan gambar yang mempunyai latar belakang seakan pelamin Hannah dan Imam pada 19 Februari tahun lepas. Busana yang sama dipakai di dalam gambar yang dimuatnaikkan Mariana Yati.

Jadi.. apa agak korang?

Apakah tujuan mereka berdua menyembunyikan perkahwinan mereka? It’s good that diorang nak private life tapi… wow Min kagum!

Apakah surat perjanjian yang terpaksa para tetamu tandatangani untuk menghadiri majlis mereka?

Di manakah mereka sekarang? Malaysia atau Singapura? Semasa berita mereka keluar, Min fikir Hannah pulang Singapura, tapi tup tup dia dah kat Malaysia promote tudung Neelofa! Cepat, kan?

Tak kisah lah, yang penting mereka dua bahagia!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Twitter & Instagram Hannah Delisha, Eleena Sui)

Baca lagi!

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s