Salam Kabur, wahai pembacaku. Memang ye kita masih dilanda jerebu. Ini disebabkan kebakaran yang dilakukan di Sumatera, Indonesia. Wahai, Agnes Monica… Are you paralyzed?
Ok, kali ini saya akan mengupas telemovie khas Hari Raya AidilAdha, Haji Kecil!
Telemovie ini khas untuk si cilik la eh namun, saya rasa ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama sekali kepada mereka yang baru sahaja menunaikan ibadah haji ini!
Aidil baru sahaja pulang dari Haji bersama ibu bapanya. Yes, dia begitu untung kerana dapat menunaikan haji pada umur yang amat muda.
Aidil mula rasa bangga…
Photoshop rabak ah seriously?? Aidil ni macam budak mentah yang biasa lah, memuatnaikkan semua gambar semata-mata untuk mendapatkan likes.
Kawan baiknya, Fitri, menelefonnya dan dia mahu kawan baiknya memanggilnya dengan gelaran “Haji Aidil”.
Hmmm… Makcik baru balik Haji tak jaga aurat depan orang bukan muhrim ke? Walaupun budak. Hahaha. Si Aidil dah mula tunjuk-menunjuk. Dia kata dia dah tawaf lah tau baca semua doa lah.
Rakan-rakan sekolah Aidil kini harus berjaga-jaga apabila bercakap dengan Aidil kerana harus memanggilnya “Haji Aidil” Kalau tidak, Aidil akan marah. Si Adha ni, tak panggil Aidil “Haji Aidil”.
Aidil ingin mengadakan sesi ceramah selepas sekolah namun dia tidak mahu Adha hadir kerana Adha tidak memanggilnya “Haji”.
???? Merepek sak setakat haji. Korang perasan tak nama tiga sekawan ni Aidil, Fitri, Adha. Hhahahha.
Sebenarnya, si Aidil ni bukannya berilmu sangat.Dia ye-ye-oh je, step je. Doa apa entah dia tahu. Dia macam risau sebab tak tau nak cakap apa pada sesi ceramahnya nanti.
Dia doa-doa apa dalam hati??? Ni semua untuk tangguhkan masa ah, abeh dia ternampak Adha memegang iPadnya yang dibiarkan begitu sahaja??
Si Adha serba salah seh. Padahal dia nak pulangkan/bertanya jika iPad ini kepunyaan Aidil. Kesian dia. Oleh kerana insiden ini, sesi ceramah diberhentikan. Suka lah si Aidil tu.
Fitri menyuruh Aidil memberi nasihat kepada budak-budak sekolah menengah yang tidak buat apa-apa di kolong blok ini. Hmm…
Tapi si Fitri yang pecut lari dulu?? Merepek seriously. Ada hati nak betulkan orang tapi takut?
Semasa di masjid, ustaz memuji si Aidil sebab dia seorang budak yang rajin mendengar khutbah/ceramah/syarahan. Si Adha ternampak dia kat masjid.
Sebenarnya, Aidil tak dengar pun ceramah tu. Dia update status Fesbuk dia. Ni semua korang ah kat Fb. “Like if you love Allah.” HAHAHA merepek sak. You don’t have to like a status to prove your love for The Almighty. (CHEY)
Semasa Adha di tandas, nenek si Adha terjatuh dan keluarga Aidil tolong. Adha pun bergegas ke neneknya dan tanya jika neneknya cedera. Ibu dan bapa Aidil segera membawa nenek Adha dalam kereta mereka.
Tapi si Aidil ni marah Adha??? Kata dia dosa?? OMG ANNOYING.
OMG GERAMNYA. Apa yang dia tau sak!!!!
Cikgu mereka batuk terbahak-bahak untuk mendapatkan perhatian murid-muridnya. Cikgu saya tercungap-cungap. Saya rasa kalau sesak nafas lagi efektif.
Sekolah mereka bakal mengadakan Minggu Keharmonian Kaum & Agama. Dan mereka memerlukan seorang wakil bagi budaya Melayu/Islam. Kesemua murid menyuruh si Aidil lah, duh.
Dia terkejut abeh pengsan kat peha Adha???? Kewat sak.
Dia tetap tak suka Adha lah walaupun Adha sudah tolong angkat dia ke sickbay. Abeh tanya kenapa Fitri tak angkat dia hahahaha kelakar.
Setelah ibu Aidil tiba, si perempuan ni kata dia kurang gula. Entah macam mana dia tahu si Aidil kurang gula aku tak tau la eh. Tapi, pihak sekolah sepatutnya telefon khidmat ambulans kalau betul-betul hypoglycemic???
Ibu Aidil pun mengajak kededua Fitri dan Adha untuk makan bersama sebagai tanda terima kasih. Si Adha menolak tawaran tersebut abeh si Aidil ni macam tanak Adha datang??? Eh tak kenang jasa orang eh kau. Pergi Haji tapi perangai gergaji????
Semasa di meja makan, mereka berbincang tentang projek mereka tu. Mereka ingin menyuruh Adha buat sebab mereka berdua malas!!!!
Fitri pun meyakinkan Adha untuk tolong mereka dalam projek mereka. Adha pun takde pilihan lah eh dia kan mangsa buli.
Ni kes mak tahu pasal anak tapi bapak buat dek je. Standard.
Mereka suruh Adha buat sorang-sorang?? Tak tolong tak apa. Cuma perintah aja?? Kurang ajar???
LAWA siapa yang betul-betul buat ni eh?
BYE.
Fitri amat kagum dengan poster ciptaan Adha. Fitri berkata pengetahuan Adha tentang agama Islam setara dengan Haji Aidil. Si Aidil ni tetap ah kata dia TERBAIK.
??????? Haji Penipu?? Apa ni si Aidil ni???
Kesian dia sigh.
Apabila tiba masanya untuk Aidil bentangkan tentang Islam, dia terkehel la apa la. Terus si Adha ambil tempatnya.
Penipu.
Dahulunya, ibu,bapa dan nenek Adha bakal ke haji. Oleh itu, Adha sering menemani keluarganya ke kursus haji. Disebabklan itu, pengetahuan Adha pasal agama ada up sikit. Namun, ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Neneknya tidak jadi pergi ke haji kerana terpaksa menjaga Aidil. Al-kisah.
Hajat Adha kini adalah untuk melihat neneknya pergi Haji. Kededua Aidil dan Fitri rasa serba salah.
Si Aidil memberitahu ibunya perkara sebenar. Projek dia tu bukan dia yang buatlah. Adha buat. Ibunya pun menyuruhnya bilang perkara sebenar kepada cikgu.
Mereka terus terang kepada Adha dan meminta maaf. Wow si Adha ni matang eh!
Ni mak dia masak ke order buffet??
WOW ALL EXPENSES PAID TO HAJJ. Airbnb apartment lagi HAHAHA. Syukur!!!!
Happy ending la eh kirakan.
Sebenarnya, watak Fitri tak penting pun. Dia cuma joker dalam telemovie ni. Kalau dia tak wujud, telemovie ni tetap sukses!
Saya berpendapat bahawa drama ini amat sesuai buat semua peringkat umur. Lebih-lebih lagi untuk orang dewasa yang telah menunaikan haji. Kerana, ada segelintir haji/hajjah berpendapat bahawa setelah mendapat gelaran haji/hajjah. mereka ni semua tahap DEWA DEWI ah. Suci semacam tak berdosa dan sentiasa betul. Padahal… Hmmmmmmmmm. Telemovie ni macam nak bahasakan spesis macam gini ah eh. Syabas, Suria! Selain itu, telemovie ini juga ada pengajaran-pengajaran penting! Contohnya; jangan bodoh sombong, jangan berlagak, jangan menghukum (#dontjudge), sentiasa merendah diri dan lain-lain.
Saya juga amat suka dengan opening credits serta lagu tema! Amat comel sekali!!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] kasih sayang dan lain-lain yang sewaktu dengannya akan diutamakan. Macam tahun lepas, cerita Haji Kecil tu. Mengenai budak sombong yang akhirnya bertukar 180 […]
LikeLike