Selamat Hari Raya Haji, pembacaku!! Sudahkah anda berkorban segalanya untuk keluarga dan orang tercinta? Jangan korban dara sudah. Hehe. Ok, saya bakal mengupas drama baharu! Drama yang menggantikan slot Dimensi Ke 4 yang tak seberapa itu! Tajuk drama baru ini ialah 93m²! Pelakon utama drama ini adalah Adlina Adil dan Shane Mardjuki!! Yes! I know you’d ship them as a couple, because I’d ship them too!!!
Masih ingat lagi tak gandingan mereka berdua dalam Mr Perfect? Mereka sememangnya mempunyai kemistree yang sesuai dan mesra apabila bersama di depan kamera!
Saya tak ingat sangat cerita Mr Perfect ni pasal apa tapi kalau tak silap saya si Adlina ni nak cari bf ah abeh Shane muncul?
Ok, balik kepada 93m²!
Adegan pertama merupakan imbas kembali lah. Si Zaidy ni sedang melamar si Aliyah. (nama pendek:Elly) Tapi takde cincin sebab belum mampu beli cincin terbaik lah. Kononnya sweet uh.
Ini pula Jun, rakan kerja Elly. Elly merupakan pemilik cafe.
Hmm, bilang apa??
Si Zaidy merupakan seorang writer freelance. Dia kerja dari rumah. Namun, dia takde projek pun. Jadi dia duduk rumah tak buat kerja lah. Si Elly ni macam bingit.
Dia kat rumah main game dengan seorang rakan dia, si dektu househusband katanya. Si dektu pun tunjukkan hadiah yang dia belikan untuk isterinya kat Zaidy untuk ulang tahun perkahwinannya bersama isterinya.
OMG??? ANOTHER SHIP COUPLE??? Tak sangka diorang dua akan menjadi pasangan yang amat padan ye. Semasa mereka berlakon drama Interns, tak terlintas dalam fikiran yang mereka boleh jadi pasangan yang WOW. They look cute!!
Si dekni nampak jam tangan dari shopping bag isterinya. Jadi dia ingatkan jam tangan tu untuk dia lah.
COMEL BANGET SI NI MAK BUDAK DENGAN ANAK. Nak cubit pipi budak tu!!
Si Elly ni memang gila la eh nak beli gate sebab hipster?? Kalau aku Zaidy, aku pun melenting. Si Zaidy pula kata dia nak beli arcade game. Tapi Elly bantah.
#kesunyianjanggal Kesian eh Junaidah Eksan. Kalau berlakon je anak dia nama Aley/Elly lollll. Masih ingat tak drama Mengejar Mentari?
Untuk mengelak kejanggalan, Zaidy ke tandas dan bermain game. Si Elly ni terus rampas iPad dia hahaha.
Elly dah rancang group date untuk mereka dan rakan-rakan. Zaidy bertanya makan di mana, Elly menjawab Peloton, cafenya sendiri HAHAHA. Si Elly pun kata jangan nak main paintball.
???? Gila sak si Elly ni buang duit? Kalau nak beli letak kat cafe kau mungkin ok la. Sebab ramai orang nak amek gambar instagram. Ni letak kat dinding rumah??
Ooooh… Nakal. I suka.
Mereka pun memberi hadiah namun si suami dapat tabung Hulk?? Hahaha muka dia kecewa la eh. Jam tu agak untuk bapak dia kot.
Setelah mendapat tahu bahawa Elly membeli gate tersebut 3 hari lepas, sebelum Elly berbincang dengannya, dia pun nak balas dendam la, dia tiba-tiba ajak pergi paintball.
Zaidy menyerah kalah dan Elly bakal menembaknya.
Si Elly ni konfiden lebih tapi sebenarnya Zaidy masih ada bullet ah so dia tembak si Elly.
Si Zaidy bukan main suka lagi. Sampai cartwheel dan joget hahaha. Adegan ini memang mencuit hati betul!
Sesi ungkit-mengungkit.
Elly pun meluahkan perasaannya yang terpendam. Dia sudah memberitahu ibu bapanya serta Jun bahawa dia ingin tuntut cerai. Namun, mereka tidak boleh cerai sehingga 2017. Kalau tidak, mereka akan rugi besar kerana baru sahaja beli rumah mereka.
Eh secara terus terang, si Elly ni kurang ajar eh?? Tak munasabah langsung!! Dah panggil Mr Movers la ini la.
Si Elly pun kata la dia bayar bil, jaga rumah, jaga Zaidy dan dirinya. Jadi dia berhak tinggal di rumah ini.
Ouch, pedas!
Haha kelakar eh Mr Movers tahu yang mereka akan cerai tapi Zaidy tak tahu lol. Kawan dia pun nasihat la. Sesi Bro Talk.
Dia pun bertanya kepada isterinya jika hubungan mereka akan pecah. Isterinya dengan lembut kata “no”. Dia dah mula risau la!! Sebab jam tangan tu!!
Apa ni??
Zaidy telah pecah belahkan rumah ini kepada 2 bahagian. Yang merah milik Elly, biru pula milik Zaidy. Saya suka! Inovatif ya!
Hahahaha. Jual lah abeh!! Merepek.
YES!!! Hahaha ni kan lebih afdol???
Sejauh ini saya amat suka drama ini walaupun baru episod 1? Ia merupakan drama yang baharu, dengan pelakon-pelakon yang FRESH! I loike. Ia mempunyai unsur humour namun berjaya mengetengahkan isu-isu serius seperti hal-hal rumah setelah cerai. Ataupun saya suka drama ini sebab saya bias eh? Hmm… Tapi, kita semua dah dapat tahu kesudahannya la eh. Si dua ekor ni tak jadi cerai sebab akan jatuh cinta lagi. Ini semua standard. Kalau mereka tetap cerai juga dalam episod terakhir, saya akan berhenti menulis blog ini. CHEY.
Jangan lupa untuk ikuti Sesi Tweet Secara Langsung saya di Twitter!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle/Google)
[…] 93m² mengisahkan sepasang suami isteri muda yang baru sahaja bernikah. (2/3 tahun?) Mereka membeli sebuah rumah BTO. (hence the 93m²) Namun, bukan semua perkahwinan itu manis dan bahagia, kan? Pasangan muda ini sering berselisihan faham kerana perbezaan pendapat dan pemikiran. Akhirnya, Aliyah ingin menuntut cerai. Tetapi malangnya, jika mereka cerai pada masa itu, mereka akan rugi besar kerana baru sahaja membeli rumah BTO tersebut. Oleh kerana itu, mereka terpaksa menunggu beberapa tahun agar boleh menjual rumah itu dan bercerai. Dan disebabkan itu juga, mereka harus duduk sebumbung walaupun tidak tidur sekatil. Kededua mereka akan buat apa sahaja untuk mencemburukan satu sama lain. Aliyah akan mengadu kepada rakan baiknya, begitu juga Zaidy. Rakan baik mereka amat menyokong keputusan mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa Aliyah mendapat tahu bahawa mereka ingin becerai. Secara kebetulan, mereka juga tinggal sebumbung namun tidak tidur sebilik. Mereka seolah-olah sedang melalui satu program di mana mereka mengharapkan cinta mereka akan berputik semula. Akhirnya, dua-dua pasangan ini berbaik semula! Hahaha, ingat lagi apa saya kata dalam post ini? […]
LikeLike