Apa khabar, wahai pembaca setiaku? Rancangan ZOOM kembali buat kali ke-5! Wow! Memang tidak boleh dinafikan bahawa Zoom merupakan rancangan yang menarik. Kita dapat mempelajari budaya sesebuah negara dan pada masa yang sama, melihat selebriti-selebriti Suria melakukan cabaran berani mati! Anda pasti bertanya “Eh tapi Zoom bukan drama!” Memang benar! Namun, saya rasa it falls under the category of sandiwara.
C’mon lah, kita semua tahu muka cuak para selebriti ni semua semata-mata lakonan. Kononnya mereka hilang barang lah, bergaduh lah, ini lah, itu lah. Namun ini semua dah ditulis di dalam skrip! Macam reality show ah konon tapi tak reality pon! Buat julung-julung kalinya, pengembara-pengembara Zoom kali ini merupakan JEJAKA! Fadhlur Rahman dan Syarif SleeQ. Dahulunya, kesemuanya wanita! Bukan itu sahaja, mereka mengadakannya di benua yang lain!
Zoom Thailand: Nurul Aini & Dalina Jaapar
(takde video sebab zaman batu siol)
Zoom Hong Kong: Nurul Aini & Huda Ali
Handphone zaman dinosaur.
Zoom Korea: Maiya Rahman & Norfasarie
Mereka berdua dah bertudung sekarang haha. #hijabsters
Zoom Jepun: Syirah Jusni & Nadia M.Din
Kawaii-ne!
Zoom kegemaran saya pastinya Zoom Thailand eh. Tu classique. Merekalah yang menyebabkan rancangan Zoom menjadi ikonik. Masih ingat zaman kental Nurul Aini pegang handphone nokia dan menjerit “ZOOM…. THAILAND!”
Mereka macam tak biasa je dengan kejutan Zoom? Takkan tak buat homework? Ini semua STANDARD bagi Zoom! Jangan mudah terkejut ye, Cik Abangs.
Mereka tahu bahawa telefon bijak serta dompet mereka akan diambil oleh pihak Zoom namun rasa hampa/sedih/kecewa apabila barang-barang mereka telah diambil? ???HUH??? Ini semua ZOOM punya SOP! Abeh kata nak telefon mak lah apa lah. Bedek. Padahal bila touchdown, kamera tak rolling, korang telefon kan.

Wow, Syarif buat kawan dengan warganegara New Zealand. Wow bukan lakonan langsung. Memang satu kebetulan dan nasib Syarif. WOW.
Setelah tiba di Auckland, mereka diberi $3,500 mata wang NZ untuk pengembaraan mereka yang akan berlangsung selama 20~ hari. Dapatkah mereka jimat wang mereka?
Mereka menerima mesej yang mengatakan bahawa mereka ada misi untuk dilakukan. Namun, jika mereka gagal, 50% daripada wang yang baru sahaja diberi akan dirampas balik.
Masa kini 12:30 tengah malam dan kenderaan mereka hanya akan tiba pada jam 8 pagi. Mereka terpaksalah tidur di lapangan terbang. Tu pun macam cabaran besar untuk mereka?????
Misi pertama mereka adalah Bungee Jump. Namun, hanya Syarif sahaja yang akan melakukannya.
Ini kerana Fadhlur ada kecederaan apa floppy disc 10 tahun lalu. Syarif bimbang akan keselamatan Fadhlur. Ermm… Kau tahu kau masuk ni rancangan Zoom… Kau patut buat cabaran berani mati kan? Kalau tau ada penyakit apa entah jangan pergi la, ngok. Ni semua lakonan.
Wow, bestnya!
Mereka tetap didenda kerana hanya satu daripada mereka melakukan misi tersebut! Kan aku dah kata.
Abeh diorang kononnya nak gaduh ah, merepek??? Kata dia sakit lah takut cedera. Kau ingat pihak Zoom peduli ke? WHY BOTHER WHY BOTHER WHY BOTHER. Diorang ni betul ke buat homework?? Takkan tak tau selok-belok Zoom!
Mereka diarahkan untuk menyewa kereta untuk ke destinasi mereka iaitu Wellington. Mereka diberi 5/6 hari untuk memandu ke sana dari Auckland.
Harga sewa kereta mereka $5/600?? Mahal sak. Syarif pun berkata dia ingin jumpa kawan dia yang dia jumpa dalam kapal terbang.
Si mamat NZ tu pun membawa mereka menaiki yacht. Boring.. Ingatkan pergi makan! Sejauh ini mereka tiada masalah makan?? Saya masih ingat, siri-siri zoom yang dahulu, makanan merupakan cabaran besar. Saya rasa mereka berdua puasa.
Hais, terpaksa buang duit lagi. $110 untuk satu malam??? Ni semua bedek. Pihak Zoom dah kata dengan pihak hotel untuk beri korang bilik paling mahal lol.
Misi mereka seterusnya. BERJALAN di Auckland Sky Tower. BERJALAN SAK. Beyoncé lompat tau!!! SHE WAS THERE!!!!!

Apa ni. Diorang ni jantanz tau, so cabaran mereka seharusnya lebih berani mati uh. Tahap gadai nyawa punya.
Parking mahal gila nak mampos.

Semasa dalam perjalanan ke Wellington, mereka ada misi bonus. Mereka diberi pilihan untuk pergi ke misi ini ataupun tidak. Mereka pergi lah sebab tanak lepaskan peluang untuk ke HOBBITON.
Mereka diberi masa 20 minit untuk mencari 5 cenderahati Zoom. Permainan ni saya suka. Salah satu permainan yang harus ada pada setiap musim Zoom!
Mereka macam tiada sense of urgency??? Diorang macam takde oomph ah?? Tak ghairah ataupun cemas. Rileks je. Tak best lah tengok korang cool aja. Mesti berlakon sikit! Urgh.
Mereka berjaya misi bonus dan diberi sebuah kotak. Namun, mereka tidak dibenarkan membuka kotak tersebut!
So, mereka pun macam marah ah tak dapat buka. Mereka berdua menjerit lah konon. Muka si Syarif tu tahan ketawa sebenarnya. Sigh. Nak berlakon pun… Serius lah, Cik Abang.
Kereta mereka rosak! Hahaha padan muka. Ni memang saya dah jangkakan la eh. Aku rasa dalam kotak tadi ada peralatan untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang ni!
Sejauh ini, prestasi mereka sebagai hos-hos Zoom belum terserlah lagi. Mungkin kerana mereka jantanz, so, ada ego ah belum gaduh besar semua. Yang pelik sekali, mereka tak tunjuk makanan???? Diorang makan apa sak? Bukan itu sahaja, mereka seolah-olah tidak ghairah dan bersemangat ah. Macam kurangz ah mereka berdua ni! Tapi, ini episod pertama sahaja. Saya harap episod-episod akan datang lebih menarik! Saya akan tunggu masanya apabila mereka berdua akan melakukan signature pose Zoom. Iaitu, memegang handphone/iPad dan memekik ZOOM NEW ZEALAND! Seperti dilakukan hos-hos Zoom yang lalu.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle/Facebook, videos from Youtube)
[…] pihak Zoom di tangannya manakala terdapat lagi sebuah telefon bijak di dalam kocek seluarnya. Dalam episod pertama, mereka kata kesemua telefon dan dompet telah dikebas oleh pihak Zoom. HMM PENIPU […]
LikeLike
[…] ini dalam Zoom Singapura… Srsly what’s w the camera angle + lighting sak!!! Mereka bertiga ke rumah Prof untuk […]
LikeLike