Glosari

Salam sejahtera, wahai pembaca yang taat lagi setia.

Saya sedar bahawa kadang-kala, saya menggunakan istilah-istilah yang dicipta oleh diri saya atau yang kurang digunakan. Ini menimbulkan kekeliruan dalam diri anda semua. Oleh disebabkan itu, saya telah mencipta halaman ini untuk mencatatkan segala senarai istilah-istilah yang direka sendiri. Harap dengan cara begini, anda semua dapat memahami blog saya dengan mendalam lagi dan dapat baca dengan khusyuk.

Sebenarnya, perkataan-perkataan ini hanya menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Edisi Ke-6 secara rasmi. 😉

Halaman ini akan sentiasa dikemaskinikan jika terciptanya istilah baharu.


Afdol = lebih baik daripada afdal

Andartu = anak dara tua

Berkepok = duit yang tidak akan habis

Beryoohoo = bersetubuh

Besaw = besar tetapi bukan literal, abstrak

Besaq = amatlah besar, lebih besar daripada besar

Cino =  Cina

Curlass = vogue

Dll = dan lain-lain

Ekcili = sebenarnya (actually)

Eksyen = berlagak tahap riak

Enjoice = nikmat tahap lupakan realiti

Fefeeling = pendek untuk feeling-feeling, bermaksud berperasaan melebih

Femes = terkenal (famous)

Gitew = gitu (versi sassy)

Kamoflaj = bersembunyi mengikut keadaan sekeliling (camouflage)

Kayo = amat kaya namun kekayaan yang sementara

Keflopopan = ketidakberjayaan, kegagalan yang amat memalukan tetapi si penggagal menafikannya/tidak mahu akur akan kegagalannya

Konpius = keliru

Konsperm = pasti (confirm)

Lattew = La tu (versi sassy)

Lesbianita = lesbian tetapi wanita, bertentangan dengan butch

Mesyo = Malaysia (perspektif negatif)

Mnl = malas nak layan

Neraqa = sebuah tempat di neraka jaha6 di mana saya akan bertemu dengan semua pembaca saya

Poyo = bedek

Satu malam bertegak = one night stand

Sepai-menyepai = kerja intip-mengintip ala-ala James Bond

Seteres = tertekan sehinggakan maut

Shopping-shappang = berbelanja kerana kaya dan ada banyak masa

Suspusi = curiga,sangsi (digunakan untuk wanita sahaja)

TahayLOL = benda-benda tahyul yang melucukan kerana orang Melayu masih berpegang teguh kepadang benda khurafat

Tobat = taubat tahap dewa

Wokolot = ‘woke’ atau ‘sedar dari segi sosial’ tapi berfikiran kolot/kuno

Worldprak = seseorang yang syiok sendiri, bagaikan dialah yang memiliki dunia ini

Ye-ye-oh = hangat-hangat tahi ayam


Terima Kasih

Pengkritik Sandiwara