Jerangkung Dalam Almari: filem seram terbosan 2022

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Memang benar, filem hantu Malaysia berjudul Jerangkung Dalam Almari ni memang boleh dianggap filem seram hambar sangat.

Klisye teramat

Diarah oleh Shadan Hashim, filem ini mematuhi segala unsur klisye yang anda boleh jangkakan dalam sebuah filem hantu.

Antaranya adalah:

  • rumah berhantu
  • anak kecil yang sering diganggu
  • ‘saka’ mak bapak
  • disumpah oleh orang yang terdekat
  • mangsa hampir meninggal dunia

Pelakon mantap

Walaupun dibintangi pelakon yang berkelas A+ seperti Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah dan ramai lagi, jalan cerita filem ini membuat pengalaman menonton cerita ini sungguh membosankan.

Lakonan mereka amatlah mantap dan meyakinkan sekali, tapi tu lah, kurang dari 20 minit di dalam panggung, korang pasti tahu apa akan terjadi dalam filem ini. Meh.

Niat tak kukuh

Fikri (Adi Putra) pulang ke kampung kerana ingin jawapan mengapa keluarganya diganggu.

Namun, backstory yang didedahkan sungguh tak masuk akal.

Seolah-olah motif Wak Ipin (Zaidi Omar) menghantar jin (jerangkung) kepada keluarga Fikri tak munasabah langsung?

Ibu Fikri (seorang admin) tidak boleh menepati kehendak Wak Ipin kerana pihak atasan (kerajaan) tidak benarkan. Tau-tau si Wak Ipin sumpah ibu Fikri 7 keturunan???

Padahal yang patut kau sumpah tu kerajaan siak. Orang tak bersalah!

Masalah teknikal

Terdapat juga babak-babak di mana suara tidak sama dengan gerakan mulut. Voiceovernye tak ngam lah.

Ada juga tiber suara terkuat.

Adegan dalam kereta guna greenscreen kelihatan terlalu fake!

Sebenarnya filem Raya

Min rasa, lebih mulia kalau filem ini disiarkan semasa Raya.

Kerana ia lebih tercenderung kepada unsur Raya seperti keluarga, kemaafan, silaturahim, kubur dan banyak lagi.

Kalau tukar sikit skrip dan hilangkan aspek seram, dah jadi filem balik kampong of the year!

Ada kedua ke?

Di akhir filem ini, almari tidak dimusnahkan.

Malah ia diberi kepada movers(?) untuk dibawa ke mana entah. InsyaAllah, keluarga yang kutip almari tu akan merasakan azab sumpahan 7 keturunan pulak, ye?

Natijahnya, usah tonton kalau korang nak tengok filem hantu yang best. Tengok Pengabdi Setan 2 lagi syiok.

Jangan salah sangka, ia sebuah filem yang agak seram, yes. Tapi jalan ceritanya tidak masuk akal bagi Min.

Kalau uolls nak jugak, boleh lah kalau uolls suke jumpscare. Boleh tonton kat Cathay saje ye kat Singapore ni.

Lebih baik dengar lagu Jerangkung Dalam Almari oleh Wings.

.

Korang sempat beli tiket konsert Wings kat Esplanade tak? Atau nak tengok kat F1?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Popcorn App)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s