Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setiap anak Melayu sejati pasti sudah atau bakal menonton filem terbaru arahan Syamsul Yusof di layar perak berjudul Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, kan?
Dibintangi pelakon asal Singapura, (Dato) Adi Putra, sebagai watak utama iaitu Mat Kilau dan beberapa barisan pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Dato Jalaluddin Hassan, Ellie Suriati, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Karya diminati Melayu
Filem ini begitu berjaya sehinggakan ia menewaskan beberapa filem omputeh dalam jumlah kutipannya, iaitu sebanyak 23 juta Ringgit Malaysia dalam masa seminggu. Syabas!
Filem ini yang hanya ditayangkan di pawagam Cathay di Singapura juga mendapat sambutan yang hangat, banyak slot yang ada tau! Bukan calang-calang filem Melayu yang boleh dapat banyak showtime kat Singapore ni.
Bagus ke filem ni?
Dari segi skrip dan lakonan, mutunya amatlah memukau sekali.
Mendengar watak-watak menuturkan bahasa Melayu yang tanpa perkataan pinjaman Inggeris amatlah manis didengar. Peribahasa dan cara perbualan juga amatlah semula jadi. Tidak kaku!
Lagi-lagi lakonan Beto yang menyayat hati sekali. Yelah, Beto kan pelakon yang amat berbakat sekali!
Cakap pasal lakonan, siapa pelakon mat salleh dalam filem ni..? Tak kenal dan kaku sangat. Si watak Syers macam si TikToker muke bapok tu yang ada isteri.
Bulan Bahasa boleh belajar sedikit dari filem ini. Bahasa Baku =/= bahasa sempurna.
Tapi tulah, tengah syiok-syiok menonton, tapi bila aksi bersilat atau pertempuran je, suaranya amat kuat sekali.
Padahal cuma adegan silat, efek bunyi melebih macamlah diorang ni adiwira tersohor! Kenapa?
Also, that Endgame scene? Kelakar.
Bukan Melayu, penghianat!
Menarik sekali, dalam filem ini, setiap watak bukan Melayu adalah penghianat.
Merekalah pembelot negara yang menyebelahi pihak British. Betul ke setiap warga bukan-Melayu seperti itu dahulu kala..?
Selain itu, watak askar Singh berbual Hindi agak pelik. Maaf lah, iolls bukan pakar sejarah so iolls tak tahu menahu. Apakah bahasa yang digunakan askar Singh pada waktu itu? Hindi ke?
Wanita lemah?
Watak wanita tidak ketara dalam filem ini.
Mereka dianggap sebagai orang-orang yang membawa kesusahan dalam perjuangan bangsa dan cinta mereka terhadap negara dan agama dipersoal.
Malangnya, mereka disuruh taat pada suami yang sentiasa tiada di rumah, dan dikehendaki memahami keadaan yang dilanda negara mereka walaupun sedang sarat mengandung.
Selain itu, wanita Melayu dalam filem ini semua memakai inner tudung hitam (LOL) dan semua menutup aurat dengan memakai kain pelikat di kepala mereka. Gaya fesyen wanita Melayu yang tidak pernah dilihat dalam mana-mana buku sejarah.
Melayu itu Islam!
Sekiranya anda mengambil shot setiap kali ungkapan kalimah Allah disebut dalam filem ini, Min pasti korang belum habis filem ni dah mabuk.
Cukup-cukup lah sekali dua kali watak-watak dia kata berjuang demi Allah dan agama, ni takde, setiap 5 minit ade je orang berbual pasal agama.
Check-check orang dulu tak warak semanapun.
Macam over sangat gitu, seolah-olah Min rasa Min tengah tengok filem perang Nabi dan bukan filem perang pahlawan Melayu.
Korang tengok sendiri, korang pahamlah.
Natijahnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebuah filem yang dahsyat dan penih aksi yang harus anda tonton, tapi pada masa yang sama, tiada filem yang tiada cacat-celahnya.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IMDB)
Biasa la, pak dia buat cerita gerak khas pon setiap minit dan saat sang polis bercakap hal polis sepertu ” kita sebgai anggita polis bla bla bla…”
LikeLike
[…] Walau bagaimanapun, sekiranya Nick benar-benar pergi audition KL Gangster 3, kami ucapkan yang terbaik! Dan kalau terpilih, dah sama taraf dengan pelakon asal Singapura seperti Aaron Aziz dan Adi Putra. […]
LikeLike
[…] dibintangi pelakon yang berkelas A+ seperti Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah dan ramai lagi, jalan cerita filem ini membuat […]
LikeLike
[…] lagi pelakon utama Beto Kusyairy, seorang pelakon yang amat berbakat dan diminati ramai warga Singapura setelah drama Kisah Tok Kadi […]
LikeLike