Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Filem Imaginur yang baru-baru ini melanda pawagam Singapura merupakan sebuah filem yang dinanti-nantikan.
Mestilah, melihat rakan-rakan serta review di Malaysia, peminat filem Melayu di sini pasti tidak mahu meninggalkan peluang untuk menonton filem arahan Nik Amir Mustapha ini.
Apatah lagi pelakon utama Beto Kusyairy, seorang pelakon yang amat berbakat dan diminati ramai warga Singapura setelah drama Kisah Tok Kadi mendapat sambutan hangat.
Dalam filem fiksyen-sains-romantik ini yang hangat diperbualkan di Twitter dan alam maya ini, watak Zuhal (Beto) yang sering melihat kelibat Nur (Diana Danielle) dalam rutinnya.
Selain menjaga bapanya yang mempunyai demensia, Zuhal juga cuba untuk mengharungi serangan paniknya akibat perhubungannya bersama kekasih lamanya iaitu Yazmin. Disebabkan itu, Zuhal berjumpa dengan Dr Ramli (Afdlin Shauki) untuk mendapat rawatan hipnosis.
Dan semenjak rawatan itu, semuanya menjadi kucar-kacir. Bukan untuk Zuhal saja, tetapi juga dari sudut penonton yang keliru tetapi ingin tahu kesudahan kisah ini. Sama ada babak dalam filem ini merupakan imaginasi atau realiti Zuhal menjadi tanda tanya.
Secara terus terang, Min pun masih agak terpinga-pinga dan cuba untuk memahami jalan cerita serta mesej tersirat yang ada dalam filem Imaginur ini. Filem non-linear ini mungkin bukan untuk penonton biashe2 tapi ia tetap boleh dinikmati orang ramai.
Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa filem ini mencetus pelbagai perasaan ketika menonton. Rasa rindu, cinta, sedih, pelik, bingung, kasihan dan macam lagi. Filem ini juga meningkatkan kesedaran akan kesihatan mental yang kita sering alpa dan kurang memberi perhatian.
Natijahnya, filem ini mengongsi tentang hubungan cinta yang tiada batasnya.
Memang menarik melihat review atau pendapat penonton yang berbeza di Twitter serta lelaman lain. Saya syorkan uolls pun baca ulasan-ulasan warganet untuk filem ini!
Min tak nak spoil banyak sangat tapi yang penting , korang MESTI tonton! Filem ni ada kat pawagam Cathay saja tau!
Teori Min yang paling febret ada ini:
-Pengkritik Sandiwara