Anugerah Skrin 2016: Peringkat Akhir

 

Anugerah Skrin: Mencipta Bintang telah pun sampai ke kemuncaknya! Malam semalam merupakan malam penentuan bagi para peserta Anugerah Skrin 2016 yang telah bertanding selama 10 minggu di atas pentas Mediacorp di depan para penonton. Pencarian yang bermula seawal bulan November itu akhirnya telah tamat! Sebelum saya mengucap kata-kata tahniah kepada pemenang musim ketiga peraduan realiti ini, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam gelanggang Anugerah Skrin!

anufinale.jpg

Ni la finalis Anugerah Skrin.

Dan seperti biasa, komen saya mengenai pasangan pengacara ini akan sama sahaja. Shah Iskandar segak macam minggu lepas. Huda Ali macam burung pokemon.

142-mega

Tetamu terhormat pada malam itu, Encik Amrin Amin. Kalau tak silap saya, ini kali pertama Encik Amrin menghadiri rancangan Suria.

(Or I haven’t been watching Suria LIVE shows lol)

Jikalau selalunya juri tetap kita diiringi 1 lagi juri undangan, kali ini Sharon Ismail dan Khairudin Samsudin mempunyai 3 lagi teman! Ha kau. Daripada 3 kepada 4 dan terus ke 5!

Abang Khairudin Saharom merupakan salah satu pengadil undangan pada malam itu. Sungguh keliru saya tengok dua Khairudin dalam satu meja lulz. Seorang lagi anak Singapura, Faisal Ishak juga menghiasi panel juri pada malam itu. Dan juga Sheila Rusly, seorang yang diterbangkan khas dari Malaysia! Nampaknya pengadil pada malam itu merupakan mereka-mereka yang sudah lama di industri TV. Bukan calang-calang orang! Para peserta amat bernasib baik sekali kerana Sheila Rusly dan Faisal Ishak mungkin akan mengambil mereka sebagai pelakon untuk drama/filem mereka!

Ini menimbulkan lagi satu persoalan. Tidak seperti musim-musim yang lepas, pemenang Anugerah Skrin diberi kontrak/tawaran berlakon di Malaysia. Yusof Haslam dijemput pada musim pertama manakala David Teo (???) dijemput bagi musim kedua. (Kalau memori saya ni tak tipu saya la kan) Juara kali ini sekadar bawa pulang $20,000! Semoga wang itu akan digunakan sebagai satu pelaburan untuk kembangkan sayap mereka dalam industri ini, ya. Ataupun guna la untuk apa yang kau nak.

Sebelum para peserta beraksi untuk terakhir kalinya di Anugerah Skrin, mereka menjalani sesi bootcamp selama dua hari. Di situ, mereka pelajari pelbagai perkara berkaitan dengan berlakon dan pengacaraan.

IMG_2118IMG_2121.PNGIMG_2119

Pada hari pertama, para peserta diberi bimbingan oleh Siti K, Sanif Olek dan Najip Ali agar mereka boleh belajar bagaimana untuk meimprovisasi, berlakon di depan kamera dan juga cara pengacaraan yang lebih mantap! Keesokan harinya, mereka ditugaskan untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari.

Syafiqah Shahlan memulakan gelanggang Anugerah Skrin Peringkat Akhir dengan suaranya yang sedap didengar! Macam guru tadika sedang mengajar anak muridnya ya haha. Dalam segmen pengacaraan/wawancara ini, peserta harus memikirkan soalan -soalan untuk ditanyakan kepada para selebriti dengan sendiri. Mereka hanya diberikan ayat pembuka untuk memulakan sesi wawancara ini. Saya rasa Syafiqah telah menujukan soalan-soalan yang bernas dan menarik kepada Hyrul Anuar. Soalan-soalannya tidak setara dengan tajuk segmen itu iaitu “Bual Kosong”. So, tajuk segmen harus tukar. Desain pun macam hari raya… Sigh. Saya juga suka dengan last part di mana Syafiqah usik Hyrul dengan “katakanlah” haha cute max!!

Fadli Kamsani ni masih agak teragak-agak untuk menanyakan soalan kepada Ainon Talib. Saya juga berpendapat bahawa soalan agak sensitif. Bukan itu sahaja, soalan-soalan ini kerap ditanya kepada Ainon. Mengenai regim senamannya. Bukan ke dalam rancangan POP, Najip Ali dah tanya? So… Bosan la kan. Jika saya diberi peluang untuk menanyakan soalan kepada Ainon, saya akan bertanya tentang anak pertamanya, suaminya yang kerja dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dll. Dan saya rasa Fadli tersasul apabila dia cakap bersenam tak mudah?? Huh?? So kau tanak galakkan senaman kepada penonton?? Padahal kau yang sadö sak.

Syaiful Ariffin diberi peluang untuk mewawancara AB Shaik. Secara jujur, saya terhibur melihat mereka berdua berinteraksi. Namun, saya agak kecewa dengan soalan-soalan yang ditanya kerana ia agak normal sahaja. Tiada yang menarik perhatian saya sangat.

Kata-kata perangsang oleh alumni Anugerah Skrin, Taufiq Salleh, yang kini berada di Melbourne bagi rancangan baru Suria! Wow, cerita apa eh?

Buat pertama kalinya, peserta-peserta melakukan cabaran lakonan mereka di luar pentas Mediacorp. Ini membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan selok-belok lakonan depan kamera di lokasi. Mereka dapat menggunakan  ilmu-ilmu yang dipelajari daripada sesi bootcamp!

Para peserta wanita digandingkan bersama pemenang Anugerah Skrin 2010, Syirah Jusni dalam drama pendek  bertajuk “Sesat”. Mereka berempat telah berpusing-pusing di hutan untuk mencari jalan keluar.

Setibanya di rumah usang, baru saya sedar bahawa sebenarnya mereka ni dalam cerita seram??? Saya agak keliru dengan plot drama ini tapi itu bukan isunya. Saya ingin ucapkan tahniah kepada mereka bertiga kerana berjaya menghidupkan watak mereka dan menonjolkan perwatakan watak yang diberikan. Nurul Nadia yang memainkan watak seorang wanita yang nerd tetapi ingin selamatkan rakan-rakan. Manakala Yaya, seorang tomboy yang cepat marah. Syafiqah pula seorang yang ikut sahaja. Saya tidak mempunyai masalah dengan lakonan mereka kerana mereka semua sudah tahu bahawa mereka dah ada di tahap akhir dan tahu bahawa mereka patut up the game. Saya juga suka dengan watak Syirah yang cool sahaja dan tidak membayangi peserta pada malam itu!

Para peserta lelaki pula berlakon dalam drama pendek “Terperangkap” bersama Shahril Wahid, juara Anugerah Skrin pertama. Di babak ini, ada combat acting antara Syaiful dan Danish. Tahukah anda Syaiful dahulu nyanyikan laguHari Kebangsaan NDP 2013?

Plot twist: Fadli sebenarnya polis!! Lakonan yang amat intens sekali! Namun saya rasa, watak Shahril dan Danish sepatutnya swap??? Dengan cara begini, Danish boleh menyerlahkan lagi kebolehannya. Ini kerana saya rasa watak Shahril merupakan watak utama dan skripnya lebih kuat berbanding watak-watak lain. Ia seolah-olah Shahril mencuri perhatian. Hmm… Shahril pun nak tunjuk bakat kepada sis Sheila Rusly ke? Saya tiada isu dengan lakonan mereka bertiga. Amat bagus sekali. Dan seperti apa Sheila Rusly katakan, Fadli seolah-olah lupa bahawa tangan kanannya cedera. Itu sahaja.

Seorang lagi alumni Anugerah Skrin! Nurul Akhmar Saya memang tahu bahawa dia menulis skrip untuk babak singkat serta sesi pengacaraan. I really love her but… Her writing mengelirukan saya!! Semoga dapat dipertingkatkan lagi ye!!!

Yaya Hamid bersama Ratu Tari Melayu Singapura, Marina Yusof! Soalan-soalan yang ditujukan agak biasa sahaja. Namun, jawapan yang diberi oleh Marina agak menarik! Her last part bila nak mandikan harimau??? Abeh dia mengaum?? Hahahaha mixed feelings when I saw that. Pertama kali dia kata “mandikan harimau” saya tak boleh tangkap ah. I was like “mandican” ni sedara “marican”????


Secara jujur, saya perhatikan bahawa Nurul Nadia masih agak kaku dan nervous apabila mengacara. And, what is she wearing on her neck??? Dia pergi Lautan Pasifik untuk kutip batu ke?? Soalan ditanya agak bosan. Pasal kerjaya Zaza Majid. Sigh, kita semua dah tahu la.

Masa untuk Danish Ashraf dengan gelagatnya untuk menghiburkan kita. Walaupun tersasul, Danish mampu menyelamatkan dirinya dengan selamba sekali! Dan juga kespontanannya is up there! Syabas!   

Abang hensem kata Danish merupakan Bintang yang Mencari Anugerah Skrin. WOW?????


Kata-kata perangsang daripada Erwin Shah Dawson!

Yay!!! Beto!!! Secara terus terang, saya agak kecewa dengan Suria kerana kemunculan Beto dalam Anugerah Skrin hanya semata-mata untuk mehangatkan lagi peraduan ini sebab Beto kan sedang hot??? Like, strategi yang bagus ya. Saya tiada isu dengan lakonan mereka la. Beto juga tidak merampas the spotlight ke apa. Cuma saya rasa Beto menghayati wataknya dengan lebih mendalam berbanding peserta-peserta.

Alumni Anugerah Skrin yang tak pernah kita tahu wujud dalam Anugerah Skrin 2006.

Saya lebih suka adegan ini berbanding adegan sebelum ini kerana ketiga-tiga peserta lebih intens dan very in the watak. Tahniah!

Secara keseluruhan, saya rasa peserta semua sudah bagus sekali dan improve a lot uh.
  

Untuk mengisi waktu, Alias Kadir bersama Zainal Ihim, Endang dan juga Junaidi mempersembahkan sebuah sketsa komedi yang amat mencuit hati sekali!

Siapa??? Suratkhabar Lama???? Mawar Berduri???

Peserta Top 16 menantikan keputusan Anugerah Sampingan Radiglow!! Mereka memakai balik baju photoshoot mereka hahaaha. Kecuali Top 6.  

Sempat Shah Iskandar nyakat kakak iparnya.

Tahniah kepada Farid Azhar dan Yaya Hamid!!! $1000 richer!! Ok la saya memang dah sangka Yaya akan menang cos of her existing fanbase. Si Farid?? Hmm… Rakan sekolah kot.

Kenapa nak umumkan peserta dengan markah terendah????? Rude sak Suria. Apa motif?

Tahniah kepada Yaya Hamid dan Syaiful Ariffin!!!

Syabas kepada Yaya kerana dia kini $21,000 richer! Kepada saudara sesat, sila hubungi mereka berdua sekarang untuk meminjam wang!!

Kepada finalis dan juga peserta yang lain, perjuangan anda baru bermula. Ayuh semarakkan dan mewarnai industri TV Singapura!!

Di Twitter, ada segelintir yang kurang puas hati dengan juara peraduan ini! Tapi apa nak buat? Yang bagusnya, markah yang diperoleh 100% daripada juri. So… ok lah kan?

Tak sabar nak tengok muka-muka baru ni menghiasi kaca TV saya!

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)

5 comments

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s