King Coco dating pelakon SG pencen?

Khabar angin menyatakan bahawa personaliti popular Malaysia, King Coco, sedang berdating dengan seorang pelakon lelaki Singapura yang kini sudah bersara dari dunia lakonan.

King Coco, jelitawan yang tular kerana kebolehannya untuk bertutur dalam pelbagai loghat sering dikaitkan dengan selibriti Singapura misteri ini.

Di wadah media sosial masing-masing, diberi bayang-bayang bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Status perkahwinan King Coco adalah janda manakala si selebriti SG kurang pasti.

Ayuh kita periksa akaun media sosial mereka.

Socmed @k1ngcoco_1

Dalam bionya, King Coco meletakkan ‘NMR GODDESS’. Itulah pembayang bahawa beliau sedang berdating jejaka bernama ‘NMR’ itu.

Dalam gambar di atas, terlihat duit nota Singapura diselitkan di celah iPhonenya.

Pembaca Pengkritik Sandiwara turut mengongsi gambar King Coco bersama jejaka misteri ini.

Siapa gerangan yang menambat hati King Coco..?

Ramai warganet menyangkakan Nick Mikhail, allegedly.

Socmed @nickmikhailrazak

Jika kita lihat bio Nick Mikhail pulak, kita boleh lihat tanda pagar #KC bersebelahan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Takkan lah KC tu merujuk kepada DJ KC Malam Seram, kan? KC tu… King Coco lah kot!

Tapi… ini semua desas-desus aja. Baca boleh, percaya jangan. Kalau uolls ada bukti lebih, jom lah kongsi.

Walau bagaimanapun, Min doakan yang terbaik untuk kedua-dua retis ini agar dapat mencari kebahagiaan dalam jodoh masing-masing. Amin.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram King Coco)

KEMAS KINI

Lebih banyak bukti dikongsikan dengan kami oleh pembaca setia kami. Kami akan lampirkan di sini dan anda boleh buat penilaian menurut naluri anda, ya?

Lengan ‘NMR’ di cermin.

Soft launch tangan NMR ke ni?

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s