Ikut jejak Tokti, Nurul Aini tarik diri dari Pesta Perdana

Nurul Aini telah menarik diri dari kategori Personaliti Paling Popular (PPP) Pesta Perdana.

Pelakon dan pengacara yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanahair selama 20 tahun itu mengumumkan di Instagram Mediacorp Untukmu (Suria) bahawa beliau tidak akan bertanding dalam kategori tersebut.

Nurul Aini telah memenangi Personaliti Paling Popular untuk 5 tahun, iaitu pada tahun 2005, 2011, 2013, 2015 dan 2021.

Nurul Aini seolah-olah mengikuti jejak diva Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mengundur diri dari acara-acara anugerah seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH (Malaysia) dan Anugerah Juara Lagu, AJL.

Menurut Nurul, beliau tidak sabar untuk lihat calon-calon PPP. Agak-agak siapa yang akan merampas gelaran Personaliti Paling Popular Wanita dan Lelaki tahun ini? Calon-calon masih belum diumumkan.

Dalam rancangan temubual ‘Skoop!’, Nurul Aini kongsi kisah kemenangannya yang sebenarnya menyayat hati.

Walaupun sudah menarik diri dari kategori PPP, Nurul Aini tetap dicalonkan dalam kategori lain.

gambar tangkap layar lelaman mediacorp

Antaranya adalah Pelakon Wanita Dalam Watak Utama – Drama Bersiri (Kecoh Kahwin) dan Pelakon Wanita Dalam Watak Utama – Drama Khas/Antologi (Distopia). Anda boleh melihat calon-calon bagi kategori lain di sini.

Pesta Perdana merupakan rancangan anugerah mengiktirafkan bakat-bakat Melayu setempat yang bersiaran di mediacorp Suria. Ia berlangsung setiap dua tahun.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Mediacorp Untukmu, lelaman mediacorp)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s