Pesta Perdana kembali tahun ini!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara anugerah kemuncak Singapura akan menemui anda 2023 ini.

Pesta Perdana, sebuah rancangan anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat aliran utama di Singapura akan kembali. Justeru, seluruh warga Singapura sudah boleh mula menobatkan Personaliti Paling Popular Pesta Perdana 2023!

Jika dalam Pesta Perdana sebelumnya, DJ-DJ radio Ria dan Warna turut diberi peluang untuk dicalonkan dalam kategori ini (walaupun takde yang masuk top 5), kini kategori ini dibuka bukan kepada personaliti TV dan radio saja!

Ia turut dibuka kepada siapa-siapa yang pernah muncul dalam rancangan meWATCH, meLISTEN, Mediacorp Drama di YouTube atau Mediacorp Entertainment on YouTube. Wow, sungguh menakjubkan. Atau ketandusan bakat…

Pada 2021, Nurul Aini dan Norman Ishak telah merampas gelaran Personaliti Paling Popular.

Apa yang bakal kita lihat pada Pesta Perdana tahun ini? Semoga dapat detik-detik meletop seperti tersalah baca skrip, tergelungsur dan sebagainya!

Jadi tunggu apa lagi? Cepat calonkan Hanan sekarang di lelaman mediacorp! Pencalonan akan ditutup pada 20 Januari, 11.59 malam.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: mediacorp)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s