Rozita Hussin bolot pelakon terbaik Pesta Perdana 2021, Raksasa menang besar

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya, malam kemenangan Pesta Perdana 2021 milik pelakon hebat lagi berbakat Rozita Hussin semalam!

Rozita merangkul kedua-dua kategori Pelakon Terbaik Wanita Watak Utama dalam Drama Bersiri dan Drama Khas/Antologi. A true Primadona, we stan!

Rozita berlakon dalam drama Tekan Minyak 2 dan Mamaku Bibikku untuk kategori masing-masing. Kemenangan yang layak dimenang!

Eka Mairina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik Watak Pembantu bagi Mamaku Bibikku juga.

Antara rancangan yang menang besar adalah Raksasa! Sebuah drama khas/telemovie mengenai makhluk misteri di lautan!

Karya terbitan Papahan Films ini memenangi Suntingan Terbaik – Drama, Skrip Terbaik – Drama, Drama Khas Terbaik dan Lim Kay Tong pula merangkul Pelakon Lelaki Terbaik Watak Utama dalam Drama Khas/Antologi! Tahniah!

Selain itu, drama Kultus pula meraih sebanyak 3 anugerah!

Kultus memenangi Drama Terbaik, Video Terbaik – Drama dan Arahan Terbaik – Drama.

Kategori baru, rancangan audio terbaik dimenangi Espresso Warna!

Tahniah kepada AB Shaik dan Mariam Mas’od! Rezeki.

Mastura Ahmad juga bolot kedua-dua anugerah yang dinobatkan, tapi malangnya beliau tidak dapat hadir (go to her IG, u kow what’s up).

Anugerah yang dimaksudkan adalah Pelakon Komedi Terbaik bagi Runcit dan Hos Terbaik – Rancangan Informasi dalam Wahhhnita!

Rancangan hiburan Suria Elektra juga menang 3 anugerah!

Tapi kita tidak akan hiraukan sebab it’s Eaglevision gifting itself so…… no comments, love.

Bagi Personaliti Paling Popular pula, Nurul Aini menang kategori wanita!

Ye lah… cuba kalau letak Hannah Delisha?

Setelah bertahun dicalonkan, akhirnya Personaliti Paling Popular Lelaki jatuh kepada Norman Ishak!

Tapi… bila dia berikan speech tu… memang benar. Dia……… xde personaliti. Tidak boleh dinafikan bahawa lakonannya mantap, very charismatic. Menerusi media sosial artis lain, kami boleh lihat bahawa Norman disukai ramai. Tapi… sekiranya kita lihat Norman di socmed… who is he di luar kamera? Hmmm….

Rancangan Terbaik pula dianugerahkan kepada Kek Champion 2.

Ikonik!

Bagi Anugerah Pesta Perdana Emas pula diberi kepada bos sendiri hahahahhahahahahhahahahhahahahahahaha ok bye no comments, luv.

Min nak tau (dengan lebih mendalam) siapa Suhaimi Jais so min google tapi nama dia tak SEO optimized. Boo.

iA esok Min akan tulis about the lols of Pesta Perdana 2021!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Suria)

3 comments

  1. Asal Rozita Che Wan menang??

    Suhaimi Jais pun kau salah spelled sbb tu lah kau google tak dapat! Bongok!

    Like

Tinggalkan komen