Tekan Minyak 2: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Drama Tekan Minyak yang pernah ditayangkan di Suria pada 2018 kini kembali dengan musim ke-2. Masih ingat tak apa yang berlaku pada musim pertama?

Pada musim lalu, salah satu daripada lima watak utama meninggal dunia akibat barah.

Untuk menggantikan Zuraidah, watak Leena (Rilla Melati) sertai lima empat sekawan ini yang merangkumi daripada Rahimah, Junaidah, Aini dan Nadiah.

Pelik kan? Yang OG5 tu, mereka kenal semenjak zaman kampung lagi kot? Dan oleh itu, persahabatan mereka kukuh sangat. Tapi kenapa si Leena terus masuk kumpulan ni? Leena takde kawan nak berlepak? Dah tentu rakan-rakan yang lain sukar nak terima orang baru yang mereka tak kenal sangat. Lagi-lagi kalau dia ni step gerek!

Leena, seorang ibu yang baru bercerai dan pulang ke Singapura bersama anaknya mungkin akan mempunyai masalah menangani ‘shock culture’ yang akan dilalui anaknya. Kot? Boleh tak dia menampung kos dirinya dan anaknya di Singapura tanpa suami?

Dan pada musim ini, mereka mempunyai masalah ‘baru’ yang timbul daripada masalah yang telah diselesaikan musim lalu.

Aini (Ariati Tyeb Papar) kini dalam proses kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinannya! Ok, we thought dia dah cerai but nope. Namun, dia masih belum rapatkan perhubungan antaranya dan anaknya, suaminya pula tidak mahu luangkan masa berkaunseling!

Semenjak digelar influencer, Rahimah (Rosita Hussin) semakin sibuk dan asyik dengan telefon saja. Sehinggakan tidak melayan suaminya. Anaknya yang baru masuk politeknik mungkin akan ada masalah remaja bercinta-cintun. Mungkinkah ini masalah yang akan dibelenggunya?

Ekcili senang je tau nak selesaikan masalah Rahimah dan suaminya. Rahimah boleh adakan sudut kecil di mana dia kerja waktu pejabat so suami dia tak payah nak rak asyik mintak perhatian. Sikit-sikit nak perhatian. So kalau dia sedang bekerja, tak perlulah suami dia nak kepo. Bila lepas waktu pejabat baru berbual. Boleh gitu? Rimas tengok suami dia sikit-sikit nak perhatian.

Ni lah masalahnya. Orang tidak menganggap influencer sebagai pekerjaan sah. Mereka fikir ni sula-suka. Padahal influencer tu perlukan banyak masa untuk beroperasi. Tak ke gitew?

Perniagaan Nadiah (Nadia Ali) semakin berkembang dan perhubungan bersama suaminya semakin berputik. Tapi adakah dengan menyatukan cinta dan perniagaan akan mencetus masalah? Apakah antara cabaran yang Nadiah dan suami mudanya akan harungi?

Nadiah nak anak tapi Shafie belum bersedia sebab masih muda kot.

Shafie tetibe lebih muda dan sado ye?

Dahulu, Rahimah (Junaidah Eksan) berdepan dengan kutukan ibu mertua kerana ‘mandol’. Namun kini setelah bercahaya mata, dengan seorang anak angkat, ibu mertuanya mengetepikan cucu angkatnya dan lebih pentingkan cucu kandung. Ini membimbangkan kerana ibu mertuanya pilih kasih! Oh tidak!


Apakah kelainan yang akan dibawa pada musim ini? Mungkinkah seorang watak meninggal dunia lagi? Adakah isu-isu feminisme akan dibincangkan? Mengapa masalah mereka selalunya berkaitan lelaki? Tak boleh ke tunjukkan #GirlPower tanpa kewujudan jantan?

Satu masalah yang kami perhatikan ialah… tajuk drama ini. Tekan Minyak dipilih kerana pada musim pertama, setiap wanita mempunyi kenderaan yang sepadan dengan personaliti mereka. Oleh itu, ‘Tekan Minyak’ dipilih yang membawa makna literal iaitu, menekan minyak gas dalam kenderaan. Pada masa yang sama, mereka juga menekan minyak menempuh onak duri kehidupan seharian!

Tapi musim ini… episod pertamanya tak nampak pun kenderaan setiap watak. Leena bawak ape eh? Macam dah tak ketara gitu. Ke manakah unsur tekan minyaknya? Fikirkanlah.

Bagi anda yang ingin tonton drama ini in advance, boleh saja di Toggle!

Anyway, mereka rancakkan lagi lagu tema Tekan Minyak ni!

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s