Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Fuh, baca tajuk pos ini je dah macam fefeeling Suria/Berita Harian gitew wawancara eksklusip lah konon.
Menjelang M1 Singapore Fringe Festival tahun ini yang bertemakan My Country and My People, ayuh kita selongkar persiapan mereka yang terlibat dalam Kebaya Homies, Mak-mak Menari dan A Tiny Country.
Apa yang menarik perhatian kami secara peribadi ialah para penari yang agak veteran yang akan menjayakan Mak-mak Menari. Agak-agak, sebagai seorang penari yang sudah berumur berpengalaman apa yang mereka ingin sampaikan kepada penonton? Terutama sekali anak muda yang kini giat dalam seni menari?
Salah seorang daripadanya, Yasmin, berkata bahawa tarian merupakan cara dirinya kekal sihat secara fizikal, mental dan sosial dan semestinya, menggunakan kesemua masa dan peluang yang tersedia ada.
Ada juga yang memberitahu bahawa pelestarian seni tarian Melayu ini penting dan tanggungjawab untuk teruskan seni ini.
“Seni itu tidak mengenal usia selagi ada daya dan upaya, komitmen, kemahuan, passion, keikhlasan dan pengorbanan,” kata Linda, salah seorang daripada 23 penari.
Pengarah bersamanya, Soultari, berkata bahawa dengan Mak-mak Menari, kisah yang jarang dilihat, jarang didengar dan jarang diperbualkan akan dikongsikan bersama. Kisah wanita-wanita yang juga seorang ibu, isteri dan penggiat seni tari Melayu harus dikongsi!
Minggu ini, A Tiny Country bakal membuka tirai M1SFF2020!
Dalam itu, Farez Najid akan mainkan watak Jo, seorang ‘Game Guide’.
Farez Najid berharap bahawa dengan persembahan ini, ia akan memberi inspirasi kepada penonton untuk mengongsi kisah mereka, tidak kisah rekaan atau tidak dan menyelongkar cara alternatif untuk berkongsi kisah itu.
Pasukan mereka juga telah menguji dan bereksperimentasi terhadap kesemua kemungkinan ‘game’ tersebut boleh tujukan. Eh, game apa eh? Hmm…
Dan yang dinantikan ramai… Kebaya Homies!
Apakah erti ‘Perempuan-perempuan Joget’ bagi Siti K dan Aidli Mosbit yang memegang watak yang sering mempunyai makna tersirat yang amat negatif itu?
Pada Siti K, wanita tersebut ialah wanita yang kuat, ‘sassy’ dan bebas. Walaupun mempunyai makna yang menghina kerana kerja mereka, bukan senang menjadi seorang wanita yang harus memberi persembahan yang hebat setiap malam.
Bagi Aidli pulak, Perempuan Joget merupakan sesuatu yang ikonik dan entiti yang mempunyai aura enigmatik gitu!
Memainkan watak Zubaidah dan Rukiah, mereka akan menghibur anda dengan nyanyian, tarian dan bercerita. Anda juga bakal time travel!
Selain itu, mereka juga sering berkaroake untuk memperbaiki nyanyian mereka! Comel, kan? Bukan itu saja, oleh kerana mereka berdua juga sering mengimbau balik pementasan sebelum ini untuk menghidupkan watak-watak wanita ini!
Untuk mendapatkan tiket-tiket M1SFF2020, anda boleh klik di sini!
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!