Best dressed Raya 2020?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hari ini merupakan hari yang ke…???? kita duduk di rumah dan cuba untuk putuskan rangkaian Covid-19. Buat pertama kalinya dalam sejarah (kot), rakyat Islam setempat (dan mungkin juga dunia) akan menyambut Syawal dalam… rumah sendiri.

Ini menimbulkan satu persoalan dalam diri saya, adakah kita bakal melihat selebriti Melayu tempatan kita memperagakan baju Melayu pada Raya pertama? Boleh tak kita tengok betapa segak dan menawan mereka memakai baju tradisional walaupun di rumah? Atau mereka akan sekadar pakai biasa-biasa? Will Pengkritik Sandiwara have Best dressed Raya 2020?

Ini menimbulkan lagi satu persoalan, oleh kerana Toggle sudah beralih ke MeWATCH, masih ada ke senarai best dressed local stars tu..? Jom kita check!

Artikel best dressed masih ada tapi mereka telah beralih ke TODAY dan 8DAYS!

And yes, most, if not all, merupakan selebriti berbangsa Cina! Yay diversity!

Mungkinkah wartawan Mediacorp akan mengetengahkan selebriti Melayu pada minggu Raya? Atau mereka hanya menganggap selebriti berkulit cerah sebagai selebriti saja?

Kepada anda yang tidak tahu apa itu ‘Best Dressed Raya’, ia merupakan senarai di mana kami mengetengahkan selebriti tempatan yang kelihatan kacak dan ayu pada waktu Raya!

Pada 2016, Sharon Ismail merangkul takhta Best Dressed Raya!

Pada 2017 pula, gelaran itu diberi kepada Jun Junalis!

Pada 2018, Queen of Suria, Mastura Ahmad merampas gelaran itu!

Setelah tiga tahun berturut-turut ia dijuarai kaum Hawa, pada 2019, selebriti lelaki yang menduduki di tangga pertama!

Siapakah yang akan menduduki di tempat pertama pada 2020 eh? Akankah kita melihat gaya baju Melayu bertemakan Covid-19?

Whatever it is, harap-harap Toggle Today dan 8DAYS akan mempertimbangkan agar dapat mengetengahkan selebriti Melayu dalam senarai best-dressednya pada minggu Raya! Racism is so 1900s. We need to be more inclusive! We need minority representation!

-Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s