Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pasti ramai daripada anda yang terpinga-pinga kerana bosan di rumah sepanjang pemutus litar (circuit breaker) ini, kan? Terutama ibu bapa di luar sana yang terbantut fikiran mereka kerana terpaksa layan anak-anak yang terperap di rumah, lagi-lagi pada bulan Ramadan.
Di sini, kami ada beberapa kegiatan dalam talian yang menarik di mana anda serta keluarga boleh nikmati bersama!
ESPLANADE
Menurut Esplanade di Facebook mereka, mereka akan menyediakan program dan video dalam talian! Bolehlah anda nikmati seni sambil menyediakan juadah berbuka.
THE NECESSARY STAGE
Syarikat pementasan setempat, TNS telah memberikan free access kepada pementasan Those Who Can’t Teach. Dan sempena Ramadan ini, anda boleh tonton ROSNAH secara percuma hingga Hari Raya! Terdapat juga rakaman pementasan TNS lain yang boleh anda tonton (bayaran dikenakan).
W!LD RICE
Anda boleh tonton tiga persembahan terbitan W!ld Rice sepanjang CB. Iaitu Emily of Emerald Hill, Supervision dan Monkey Goes West di saluran YouTube mereka!
PANGDEMONIUM
Syarikat Pangdemonium pula menyediakan Falling yang dirakam pada 2016. Hingga lewat hari ini! Sebuah pementasan tentang seorang ibu yang membesarkan anaknya yang mempunyai autisme.
Peluang ini terbaik untuk anda di luar sana yang tidak pernah mengalami nikmat pementasan teater tempatan. Mungkin dengan adanya video-video yang boleh anda tonton secara percuma, ia akan membuat anda jatuh cinta dengan teater setempat! Dan setelah CB berakhir, ayuh kita sokong teater tempatan kita!
Selamat menonton dan selamat berpuasa!
Kalau anda berkemampuan, bolehlah anda derma kepada syarikat teater setempat setelah menikmati persembahan teater ini! Go to their socials to find out more!
– Pengkritik Sandiwara
(header pic from TNS Facebook)