Bagi anda yang tidak tahu, sebab mengapa senarai ini wujud kerana dahulu lelaman Toggle mempunyai senarai mingguan di mana mereka akan menampilkan selebriti setempat yang memakai baju meletopz. Ia dinamakan ‘Local Best-Dressed’. Kini ia telah dialihkan ke lelaman 8Days.
— Pengkritik Sandiwara (@Pengkritique) May 29, 2020
Malang sekali, mereka gagal* menampilkan selebriti Melayu setempat semasa minggu Raya. Disebabkan itu, kami di Pengkritik Sandiwara rasa bahawa selebriti Melayu setempat berhak ditampilkan kerana pentingnya diversity dan minority represention di dalam media, dan terciptalah Best-dressed Local Stars: Raya edition!
Kami telah melakukan ini semenjak 2016 lagi. Dan semenjak itu, memang terdapat beberapa selebriti Melayu yang muncul di senarai Local Best-Dressed di Toggle. Namun, hanya segelintir.
Tahun ini, Nurul Aini dan Fauzie Laily membuat kemunculan mereka!
Busana yang diperagakan semasa Sinar Lebaran 2020 itu memikat hati si penulis Hayden Ng samapi ke frock-frock.
Pada masa yang sama, 8Days juga menampilkan si Noah Yap yang amat selekeh, berseluar pendek. Jika itulah erti ‘best-dressed’ pada si Hayden ni, we have no words, ma’am.
Sampai bila kita harus berdepan dengan ketiadaan selebriti minoriti di dalam senarai ini? Yang selalu diorang feature is the token minority Tabitha Nauser lmao.
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat siapakah artis (atau retis) Melayu Singapura yang akan disenaraikan tahun ini!
Sungguh cantik berseri melihat Amirah menggayakan kaftan flowy-flowy tu. Sempat sebut pasal si tunang lagi uolls! .
Sebelum kami memberitahu anda siapakah yang akan berada di tangga pertama, ayuh lihat beberapa honourable mentions!
Gambar diambil oleh IG mereka.
In the spirit of Gegar Vaganza 2019 dan juga Rupaul’s Drag Race All Stars 4, buat pertama kali dalam sejarah, kami akan menampilkan dua selebriti di tangga pertama!
Menariknya, salah satu daripada selebriti ini pernah menduduki di takhta Best-Dressed Local Stars satu ketika dahulu!
Desain dan corak baju keluarga Norfasarie ni memang cun sekali. Bukan itu saja, turban yang dipakainya juga amat cocok sekali! .
Ha kau! Dua selebriti merampas tangga pertama tahun ini! Memang in season kan ada dua pemenang/juara ni?
Semoga 8Days akan menampilkan lebih selebriti minoriti di lelaman mereka. Sebenarnya, mereka nampak IG Story Pengkritik Sandiwara tentang ini tapi tak reply pun!
Mungkin kepada anda minority representation tak penting, but not for me. Kalau mereka nak tampilkan artis majoriti saja, might as well say ‘Best-Dressed non-minority Local Stars’.