Belia minta maaf dek video Tik Tok berbaur perkauman

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Seorang belia telah pun meminta maaf dek video Tik Tok yang membuat ramai warganet di Twitterjaya mengamuk kerana kandungannya yang kurang sensitif.

Dalam video yang tular itu yang dimuatnaikkan @plsrubmylamp, belia dengan nama pengguna @madfreckles di Tik Tok telah mengongsi video di mana dia menyenaraikan gadis-gadis Singapura paling menawan, bergantung kepada bangsa mereka.

video telah dipadam setelah belia tersebut memohon maaf

Dalam video 13 saat itu, @madfreckles telah menempatkan gadis Cina di tangga nombor 1, Eurasians di tangga kedua, Melayu di tangga 3 dan gadis India di tempat yang terakhir.

Ramai warganet yang tidak gembira dan marah akibat video ini kerana ia tidak masuk akal dan tidak sepatutnya wujud sama sekali.

Beberapa jam kemudian, belia itu telah pun meminta maaf. Seperti selebriti dan influenzas masa kini, lelaki itu memetik gambar note appnya dari iPhone yang mengandungi penjelasan itu.

akaunnya telah diprivetkan

Dia telah memuatnaikkan kata maaf di Twitternya, @RizHaverts.

Saya di sini untuk meminta maaf dengan seikhlasnya mengenai video yang trending di Twitter mengenai ranking bangsa. Saya tidak sedar ia rasis sebelum memuatnaikkan ke Tik Tok.

Dia juga menyeru agar orang ramai henti mengongsi video tersebut.

Tidak pasti sama ada video original telah dipadamkan atau pun tidak. Akaun Tik Toknya kini diprivetkan.

Adik-adik, lain kali bila nak buat Tik Tok challenge atau apa-apa. Fikir betul-betul ok? Jangan sampai menyinggung perasaan orang dan terutama sekali bangsa lain. Lagipun, zaman apa ni nak rank bangsa? Kau fikir perempuan suka kalau kau rank-rank ni semua? Kau suka tak kalau kau tu dirank?

.

Dengar cakap Abang Faizal Tahir dan abang Erwin Dawson!

Pengkritik Sandiwara

Videonya masih wujud di Alam Twitter

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s