Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam kemelesetan ekonomi dek wabak Covid-19 ini serta keadaan dunia yang penuh ketidaktentuan, selebriti setempat, Erwin Dawson telah meluahkan keinginannya untuk sertai politik.
Dalam halaman Twitternya, pelakon kacukan itu telah menulis bahawa dia ingin sertai politik dalam tahun-tahun akan datang.
Saya ada niat untuk sertai politik dalam tahun-tahun yang akan datang. Saya akan membaca dan belajar dari sekaran untuk memahami bagaimana politik berfungsi.
Ia sebuah permainan kotor, saya sedar.
Dan beberapa (orang) yang penat dengan drama yang dibikin ahli politik di mana niat mereka bukan mengenai rakyat, tetapi kuasa
Selain itu, pemenang Anugerah Skrin itu juga berkata dia ingin menjadi antara tiga daripada ini:
- Amat Kaya
- Parti Pemerintah
- Tokoh Berpengaruh
Dalam bebenang Tweetnya, tidak jelas politik negara Singapura mahupun Malaysia yang ingin disertainya. Malah, dia menulis:
Saya tak kisah negara mana saya sertai politik, terdapat ketidakadilan di mana-mana.
Adakah ini bermakna Erwin akan bubarkan/tukarkan kerakyatannya untuk sertai politik negara lain? Dan dia akan tinggalkan industri hiburan?
Catatan tweetnya yang dihantar seawal jam 5:55 pagi pada 31 Mei itu juga menyataka bahawa dia mengaku bahawa dia tidak tahu sama ada dia akan berjaya atau tidak, tapi dia akan cuba. Dia mengakhiri bebenangnya dengan memberi perhatian kepada demokrasi. Iaitu ‘power to the people’ atau kuasa kepada rakyat. Namun, dalam dunia ini sekarang, rakyat tidak punyai banyak kuasa.
Kami berharap pelakon Singapura yang amat terkenal di Malaysia itu akan terus berjuang untuk mencapai keinginannya. Jika politik adalah your calling, why not, kan? Eh tapi bukan ke you need certain education background untuk sertai politik? Apa latar belakang pendidikan dia? Dia nak join NMP (nominated member parliament) kot…
Atau Parti Gajah Diva AA?
Update as of 4th June
Dalam catatan Facebooknya pada 28 Mei, Erwin telah mengongsi bahawa dia pasti akan sertai politik satu hari. Dia ingin turunkan gaji menteri kepada setengah atau dua pertiga. Gaji tinggi akan diberi kepada individu jika kerja mereka bagus.
Turunkan harga rumah, terutama HDB. Menguatkuasakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Mendidik dan mempromosikan gaya hidup dan pemakanan sihat, dan bagaimana ia boleh membantu dengan isu perubatan.
Wow janji manismu!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Dengar cakap Abang Faizal Tahir dan abang Erwin Dawson! […]
LikeLike
[…] bakal ahli politik, Erwin Dawson dan Salif Hardie sebagai watak utama, drama ini berkisar tentang dua adik beradik yang mempunyai […]
LikeLike
[…] “My Confession” atau “Pengakuanku”, bakal ahli politik ini perjelas mengapa dirinya benci TikTok pada […]
LikeLike
[…] mengenai keluarga serta sahabatnya yang dijangkiti Covid. Meskipun tinggal di bawah satu bumbung, ahli politik harapan itu tidak dijangkiti […]
LikeLike