Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon yang sudah bersara, Erwin Shah Dawson, mengakui di Twitter bahawa Covid adalah sebuah scam.
Walaupun wabak Covid-19 telah lebih dua tahun berleluasa, Erwin masih berpegang teguh kepada kepercayaannya itu.
Kenyataan itu ditulisnya apabila mengongsi bebenang mengenai keluarga serta sahabatnya yang dijangkiti Covid. Meskipun tinggal di bawah satu bumbung, ahli politik harapan itu tidak dijangkiti Covid.
Pemenang Anugerah Skrin itu juga menggesa agar orang ramai melakukan kajian dan tidak percaya pihak ‘elit’ secara membabi buta.
Erwin sendiri telah mengongsi beberapa video TikTok sebagai bahan rujukan sahihnya sebagai bukti kepada andaiannya bahawa Covid adalah ‘scam’.
Sebelum ini, Erwin merupakan antara puak yang membenci TikTok.
Kini, pelakon yang mempunyai sijil peringkat ‘O’ itu giat memberi ceramah agama di wadah video itu.
Walau bagaimanapun, ayuh raikan esok – hari di mana kita tidak perlu pakai pelitup muka di kebanyakan kawasan!
Sekiranya Covid adalah scam, siapakan mangsa penipuan ini?
– Pengkritik Sandiwara
[…] Nak mula dari mana eh? Ala whatever it is, yang penting dia dah sara dari dunia lakonan! Alhamdulillah. Beliau juga percaya Covid adalah scam… […]
LikeLike
[…] yang sudah bersara, Erwin Dawson, pula akan beraksi dengan Juffri […]
LikeLike