Wings tambah satu lagi tarikh konsert dek sambutan hangat

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Gara-gara tiket yang lesap kurang setengah jam, kumpulan kugiran rok kapak, Wings, akan tambah satu lagi konsertnya di Esplanade!

Menurut penganjur Shiraz Projects, Wings juga akan membuat persembahan sehari sebelum konsert pertama yang dijadualkan pada 7 Oktober.

Peminat Awie, Sham, Eddie, Edrie dan Black juga boleh menyaksikan mereka berlima di pentas Esplanade pada 6 Oktober, 8 malam.

Tiket bagi konsert tambahan itu akan mula dijual pada 29 Ogos, Isnin di lelaman Sistic.

Walaupun mengalami kegenjotan pada mulanya mengenai penjualan tiket, ia tidak menghambat Shiraz Projects untuk memuaskan kehendak peminat Wings!

Wings juga bakal membuat persembahan di Singapore Grand Prix, F1.

Selain Wings, konsert Jamal Abdillah pada hujung tahun juga ditambah baru-baru ini.

Wow, banyaknye konsert tahun ni!

Antara konsert yang telah berlangsung adalah konsert Masdo, Fenomena, Muzik Lagendadan BCL.

Mana satu korang akan pergi? Antara yang akan datang adalah konsert Anuar & Ziana Zain, Ungu dan banyak lagi!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: Shiraz Projects)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s