Exists wujudkan konsert di Singapura

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kepada peminat lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’, ‘Jesnita’ dan ‘Percayakan Siti’, anda pasti teruja dengan berita ini.

Kumpulan ikonik asal Malaysia, Exists, akan membuat kemunculan mereka di Singapura tahun depan.

Bertempatkan di The Theatre At Mediacorp, Exists kembali untuk menghiburkan peminat Singapura pada tanggal 14 Januari 2023.

Menurut siaran Instagram Shiraz Projects, penjualan tiket akan bermula pada 14 Oktober di lelaman mytickets.asia.

Harga tiket bagi ‘EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE’ bermula pada harga $75 hinggalah $245 iaitu tiket ‘Meet & Greet’.

Pemegang tiket Meet & Greet juga akan mendapat merchandise eksklusif Exists.

Harga tiket tidak termasuk yuran tiket ($5) dan yuran transaksi ($10). Eh? Mahal pe.

Di ruang komen, ada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi utama. Mamat atau Ezad? Tiada jawapan kukuh dari pihak penganjur…

Tapi kalau ikot konsert mereka pada 2019, dua-dua ada:

.

Baru-baru ini, Shiraz Projects telah membawa Wings ke Singapura di mana kedua-dua persembahan sold out.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s