Setelah menghilang selama tiga tahun, Tiket Musim (Season Ticket) Pangdemonium kembali semula.
Tahun depan, Pangdemonium bakal menyajikan pelbagai karya yang menarik lagi menakjubkan, memperkayakan lagi pengalaman menonton pementasan anda.
Akan Datang
Musim 2023 bermula pada bulan Mac dengan People, Places & Things oleh Duncan Macmillan – sebuah pengalaman teater yang menguji minda mengenai penyalahgunaan dadah dan ketagihan.
Di Jun pula, sebuah sketsa mengenai ‘budaya batal’ berjudul Doubt: A Parable oleh John Patrick Shanley akan menemui anda.
Untuk menutup tirai, Pangdemonium akan mempersembahkan Into The Woods, sebuah pementasan yang mempesonakan dan menggembirakan.
Apa lagi faedahnya?
Sebagai pemegang Tiket Musim, anda boleh menyaksikan ketiga-tiga pementasan ini tahun depan dengan menjimat sebanyak 28% berbanding tiket harga biasa.
Selain itu, pemegang Tiket Musim juga boleh nikmati keistimewaan seperti menukar penempahan anda 48 jam sebelum tarikh persembahan, tempahan sebelum penjualan awam dan khidmat concierge tersendiri. Tertakluk pada terma dan syarat.
Anda boleh dapatkan Tiket Musim di lelaman ini. Terdapat tiga kategori Tiket Musim, semua butiran di lelaman Pangdemonium.
Buat masa kini, End of the Rainbow sedang dipentaskan di Drama Centre Theatre.
(gambar header: Pangdemonium)
[…] Tiket Musim Pangdemonium juga sudah mula dijual! […]
LikeLike
[…] bakal mulakan musim 2023 mereka dengan pengalaman teater yang menggemparkan, lain daripada yang lain! Penerbitan terbaru […]
LikeLike