Siri YouTube Nurul Aini, Makan Maps, ala Food King Halal?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Jika anda peminat siri YouTube Food King oleh Night Owl Cinematics yang dikendali Aiken, Deekosh, Ryan dan Sylvia, anda pasti akan menjadi peminat siri YouTube kembara makanan yang dihoskan oleh Nurul Aini!

.

Mestilah, kalau kita tengok Food King, bukan semua tempat makanan yang dikunjungi mereka tu halal, kan? Cuma kadang kala saja mereka akan tampilkan juadah yang boleh dinikmati masyarakat Islam setempat!

.

Seperti Food King, Makan Maps juga dihiasi tiga hos iaitu Nurul Aini bersama Shaista (tak pasti jika Shaista is permanent ‘hos’) serta seorang tetamu! Pada episod pertama, tetamu jemputan Nurul Aini ialah Alec.

Mereka juga mengunjungi tiga tempat makanan dalam satu episod, dan pada akhir sesi makan, mereka akan berikan markah. Setiap orang (kecuali Shaista) boleh berikan sebanyak 5 markah. Dan jika markah keseluruhan mencapai 8, gerai tersebut akan menerima stiker Makan Maps!

Serupa lah kan dengan gaya NOC? Kalau 3 bintang, kedai tu dianggap FOOOOOD KIIIING GOOOOOD! Namun, apa yang lain sedikit, hos Makan Maps harus ambil kira suasana (ambience) dan harga selain keenakan makanan yang dicuba.

Siri Makan Maps ini akan disiarkan di saluran YouTube Nurul Aini setiap 2 minggu, katanya! Mujur ada siri Makan Maps! Dah boleh ada idea untuk ajak sang awek atau sang pakwe berdating pada hujung minggu!

Kami tak sabar nak tengok siapa artis jemputan lain yang akan muncul di Makan Maps! Also, gelagat Shaista amat comel sekali!

Memang lah best tengok siri ni tapi……. sis rasa pelik sikit jek. Ini kerana Nurul Aini tidak memakan segala juadah yang disediakan (or rather not shown on camera, idk) so macam mana nak tahu bahawa markah yang diberinya tu benar-benar boleh dipercayai? Adil ke kalau dia bagi markah walhal dia tidak mencuba kesemua hidangan? Renungkanlah. Bukan itu saja, mutu kamera dan suara dalam video ni cam meh? Mungkin itu masalah teknikal? Hope Nurul Aini akan memperbaiki isu ini dalam episod seterusnya!

Ini sekadar pendapat… jangan kecam. Terima kasih.

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: YouTube Nurul Aini)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s