Baca Skrip: #Causeway oleh Teater Ekamatra

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam siri terakhir Baca Skrip oleh syarikat Teater Ekamatra, mereka akan membawa persembahan bertajuk #Causeway.

Ditulis oleh penulis tidak asing lagi, Alfian Sa’at, #Causeway meneroka perhubungan antara Singapura dan jiran terdekatnya, iaitu Malaysia. Karya ini ditulis apabila umurnya hanya 21 tahun pada 1998, karya ini juga memenangi Anugerah Persuratan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura!

Dengan 8 babak yang dipersembahkan oleh 7 pelakon, persembahan ini mengajak penonton menjelajah sejarah dan budaya pop yang dua negara ini kongsi bersama. Hang Nadim dari Singapura dan Mahsuri dari Langkawi bertemu, kedua-duanya mangsa ketidaksaksamaan. #Causeway cuba membina jembatan yang melampaui rangka kerja perhubungan dua hala.

#Causeway yang dirarah Fasyali Fadzly berlangsung pada 28 Ogos ini pada 8 malam. Antara pelakon yang akan muncul dalam #Causway adalah Arjun Thanaraju, Darynn Wee, Fazleena Hishamuddin, Iedil Dzuhrie Alaudin, Gloria Tan, Hafidz Rahman dan Umi Kalthum.

Anda boleh dapatkan tiket anda di Peatix pada harga $10. Pada bulan Ogos ni, kan memang sesuai sangat tonton #Causeway sebab bulan Ogos bulan kemerdekaan negara Nusantara!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s