Nuraliza Osman jadi ‘hantu’ dalam Korban

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Berjirus air mata apabila menonton drama bersiri mini/telemovie bertajuk Korban ini.

Apakan tidak, drama 8 episod ini berjaya menimbulkan isu-isu dekat dengan hati penonton seperti keluarga, cinta, cita-cita, kematian dan banyak lagi.

Dibintangi bakat baru seperti Rae Saleha dan shoe-key wan, serta Khairudin Samsudin, Nuraliza Osman, Nurul Aini dan juga pelakon Cina Tay Ping Hui! Untuk mempelbagaikan lagi barisan pelakon, ada jugak pelakon Maori, Evander Brown! Curlass u cite ni… tahap antarabangsa!

Drama ini mengisahkan Aisyah (Rae Saleha) yang kehilangan ibunya. Dan kehidupannya mula berubah sejak detik itu.

Dia terpaksa hidup seorang diri tanpa sesiapa di sisi, kecuali tunangnya Ari (Evander Brown) di New Zealand.

Namun, alangkah terkejutnya Aisyah apabila bapanya (Khairudin Samsudin) yang sudah berdekad hilang, muncul dalam kehidupannya semula.

Pada mulanya, kemunculan bapanya seolah-olah mengganggu kerjayanya sebagai seorang cef di restoran Michelin. Tetapi dia mula sedar bahawa ayahnya adalah kunci untuk dia mengenali dirinya dan mengisi kekosongan dalam hidupnya.

Pada masa yang sama, ibunya (Nuraliza Osman) yang sudah meninggal masih membimbingnya secara tidak langsung. Penonton boleh lihat bagaimana watak ibu sering memberi saranan kepada Aisyah tetapi ini tidak bermaksud Aisyah patuhi setiap cadangan itu.

Ini seolah-olah melambangkan bawaha Aisyah masih merindui dan bergantung kepada ibunya. Tetapi, oleh kerana ketiadaan closure dengan ibunya, Min rasa ibunya yang tidak boleh lepaskan anaknya.

Di tempat kerjanya pula, Aisyah kurang tenteram kerana tertekan akan cabaran yang diaju kepadanya oleh majikannya (Tay Ping Hui). Ini kerana hanya seorang pekerja saja yang akan diberi peluang untuk ke Auckland untuk menjadi ketua cef.

Kelakarnya, mereka buat peraduan kat kerja ala-ala Hell’s Kitchen. Tak taulah betapa realistiknya benda cenggini.

Akibat terlalu memberi tumpuan di tempat kerja, Aisyah lalai dan tidak memberi perhatian terhadap pasangannya dan keadaan mula renggang dan mereka putus.

Menerusi kisah ayah dan ibunya yang telah bercerai, Aisyah memahami lebih tentang cinta dan pengorbanan. Ini melembutkan hatinya untuk menerima Ari sekali lagi.

Ari juga telah mendapat hidayah dari neneknya tentang cinta. Walaupun Aisyah tidak berjaya ke Auckland, mereka tetap akan pertahankan cinta mereka.

Penonton juga sedikit sebanyak pelajari tentang budaya Maori dalam drama ini.

Natijahnya, ia sebuah drama yang bermakna, penuh emosi dan harus ditonton! Lagu OSTnya pun not bad.

.
Nyanyian Syed Azmir!

Apa yang ketara dalam drama ini adalah bagaimana Aisyah memulakan kisahnya sebagai sebatang kara dan akhirnya terjumpa keluarga baru menerusi ayahnya. Cara yang baik dan lengkap untuk menutup kisah ini.

Walaupun berjudul ‘Korban’, unsur korban tidak terlalu in your face. Bukan macam telemovie Hari Raya Haji atau Hari Ibu di mana tema korban/ibu mesti dilontarkan terang-terang.

Melalui drama ini, erti korban disampaikan secara halus dan penonton secara perlahan-lahan dapat melihat kesan pengorbanan yang dilakukan.

Selain itu, melihat Nuraliza Osman dan Khairudin Samsudin berteriak lagi ingatkan Min tentang Rahsia Perkahwinan! Lakonan mereka memang mantap.

Cakap pasal lakonan, bakat-bakat baru yang berlakon dalam drama ni pun bagus-bagus.

Min sarankan uolls tengok drama ni di mewatch!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp mewatch)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s