Aina Abdul tiru gaya Rizman Putra?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ternyata, Aina Abdul memang terkenal dengan gaya busananya yang unik, memukau dan ada kalanya mengundang kontroversi.

Di malam anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-36 di TV3 semalam, warganet tertanya-tanya apakah pakaian yang akan penyanyi suara lantang itu kenakan.

Dalam persembahan lagu duet berjudul Nafas Cinta bersama Khai Bahar, Aina dipenuhi kelopak bunga serta daun-daun kehijaunan.

Untuk melengkapkan lewk ini, Aina juga memakai kasut berwarna coklat bagi melambangkan tanah.

Tapi menariknya, segelintir warganet Singapura menyamakan pakaian ini dengan busana yang pernah ditonjol oleh seorang peserta Berani Nyanyi?!

Eh, macam sama jek kostum Rizman Putra yang dipakai semasa acara Baybeats!

Pada pendapat Min, versi penggiat seni teater setempat itu lebih kembang dan kebabomz. Manakala Aina punya macam ada petak-petak, lopong sikit, tak merimaskan.

Mungkin Aina Abdul diilhamkan oleh Rizman Putra? Ada chance.

Yang penting, dua-dua cantik… kan? Boleh jadi maskot/duta Gardens By The Bay. Tiber.

Aina Abdul, yang memenangi vokal terbaik dalam lagu Sepi mengenakan busana ala piala Oscar Award untuk persembahan lagu keduanya.

Dari hujung kaki ke hujung rambut semua emas. Curlass, uolls.

Kalau korang nak tengok more of Rizman Putra, boleh je beli tiket Malam Gemala Bangsawan.

Dapatkan tiket sekarang boleh jimat 20%. Jangan risau, persembahan ni lepas Raya kelak.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Aina Abdul, Rizman Putra)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s