Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) 2022, Teater Ekamatra bakal menghidupkan adaptasi karya komedi William Shakespeare yang berjudul A Midsummer Night’s Dream.
Bangsawan Gemala Malam yang akan berlangsung di Panggung Victoria dibarisi pelakon-pelakon hebat lagi berbakat.
Antaranya adalah Aisyah Aziz, Azizul ‘izzy’ Mahathir (Vanda Miss Joaquim), Fir Rahman, Hafeez Hassan, Hatta Said, Irsyad Dawood, Munah Bagharib, Rizman Putra dan Shafiqhah Efandi.
Adakah ini kali pertama kami dapat lihat Vanda Miss Joaquim dalam pentas teater?
Diarahkan oleh Aidil Alin Mosbit, Bangsawan Gemala Malam ditulis oleh Ridhwan Saudi dan diterbitkan oleh Pengarah Artistik, Mohd Fared Jainal.
Kisah ini menceritakan empat orang kekasih telah lari ke hutan, tetapi disihir oleh pari-pari dalam sebuah permainan cinta dan fantasi.
Dengan Bangsawan Gemala Malam, Teater Ekamatra kembalikan seni bangsawan sekali lagi dalam bentuk yang lebih segar dan kontemporari!
Anda boleh dapatkan tiket anda di sini. Bangsawan Gemala Malam akan berlangsung dari 2 hingga 4 Jun. Lepas Raya, jangan risau uolls.
Pada masa yang sama, Teater Ekamatra juga sedang giat melakukan pengumpulan dana!
Dari sekarang hingga 20 Mac, setiap sedolar diderma akan diupsaizkan menjadi $4 tau! So, apa tunggu lagi?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Teater Ekamatra)
[…] Kalau korang nak tengok more of Rizman Putra, boleh je beli tiket Malam Gemala Bangsawan. […]
LikeLike
[…] Bangsawan Gemala Malam oleh Teater Ekamatra antara persembahan teater terbaik yang Min dah tonton tahun ini. Ekcili no, sejak pandemik ini. […]
LikeLike