Selams sejahtera, para pembaca setiaku!
Apabila memasuki panggung studio di Esplanade itu saja, kami sudah amat terpegun dengan reka bentuk pentas bagi pementasan A CLOCKWORK ORANGE.
Selalunya, penonton duduk di hadapan pentas. Atau ada kalanya di depan, dan sebelah kiri dan kanan pentas seperti pentas thrust W!LD RICE.
Namun kali ini, penonton mengelilingi dan dikelilingi pentas.
Apabila menghadap ke depan, ada pentas utama. Bila menghadap kiri atau kanan, pun ada pentas! Fuhlemak, ni baru pengalaman 360 darjah!
Sebelum mulanya pementasan hampir dua jam itu, penonton sudah pun termasuk dalam dan menjadi sebahagian karya tulisan Anthony Burgess itu!
Dan apabila menunggu persembahan itu untuk bermula, pandangan penonton beralih ke arah pelakon Rizman Putra.
Walaupun kakinya dibalut akibat kemalangan yang menyebabkan Teater Ekamatra terpaksa batalkan persembahan pertama pada Rabu lalu, pelakon teater berbakat itu tidak menganggap kecelakaannya sebagai alasan untuk tidak melakukan terbaik.
A CLOCKWORK ORANGE yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu amat menarik sekali. Terutama sekali gaya bahasa yang digunakan. Sememangnya, tutur kata para pelakon bukanlah yang Bahasa Melayu seharian,
Walaupun begitu, pementasan arahan Noor Effendy Ibrahim ini tetap mudah difahami dan adakalanya, mencuit hati!
Tentu sekali, terdapat adegan yang amat menggerunkan dan menggelikan! Tapi, itulah keindahan dan keistimewaan pementasan ini.
Teater Ekamatra ingin menonjolkan kekerasan, kekejaman, ketidakadilan, keganasan, rasuah dan ironis yang wujud dalam sistem undang-undang serta dunia ini melalui adegan yang kurang senang dilihat.
Ia mungkin tidak dilihat oleh ramai pada realitinya, tetapi perkara ini semua wujud. Dan A CLOCKWORK ORANGE berjaya menimbulkan isu ini. Tidak semua adegan yang gerun. Ada juga kelakar! Tapi itulah, dalam tawa, ada makna tersiratnya.
Pasti ramai di antara penonton yang menantikan kemunculan Roslan Kemat dalam pementasan ini, kan? Mestilah! Ini merupakan pertama kali Roslan Kemat berlakon teater wei!! Selalu nampak di Suria je kot!
Memang tak menghampakan! Pelakon veteran ini yang popular dengan wataknya dalam Jeritan Sepi ini membuktikan betapa versatilnya dia dalam bidang lakonan.
Boleh main watak makcik, jururawat, mamat mabuk! Handal betul. Harap-harap ini bukan kali terakhir penonton dapat menonton dirinya di atas pentas secara langsung, eh?
Amat menarik sekali melihat para pelakon memainkan pelbagai watak. Terutama sekali Suhaili Safari. Sungguh terhibur melihatnya menyanyikan lagu rohani sebagai seorang paderi.
Cuma bila lirik lagu itu terpampang di skrin, kenapa orang ramai tak ikut nyanyi sekali eh?
Tahniah juga kepada barisan pelakon yang lain, Elnie S. Mashari, Izzul Irfan dan Shafiqhah Efandi yang telah berjaya menghiburkan dan mengajar penonton melalui pementasan ini!
⭐️: 4/5
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header oleh: Monospectrum Photography
Bacalah lagi!
[…] Bangsawan Gemala Malam, Teater Ekamatra kembalikan seni bangsawan sekali lagi dalam bentuk yang lebih segar dan […]
LikeLike
[…] macam sama jek kostum Rizman Putra yang dipakai semasa acara […]
LikeLike