Nick Mikhail ‘claim’ kes cumbu MK K-Clique

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, socmed dikejutkan dengan video seorang gadis gian mencium rapper terkenal, MK K-Clique.

Semasa sesi bergambar di konsertnya di Singapura, kelihatan beberapa gadis mentel yang terlalu rapat dengan rapper kelahiran Malaysia itu sehinggakan seorang gadis berbaju putih mencium pipi MK.

Setelah dicium, MK menunjukkan gelinya melalui raut wajahnya,

Terdapat juga video yang menunjukkan bahawa jarinya dijilat/dihisap.

Ramai warganegara Malaysia tidak puas hati dengan insiden ini dan menyalahkan pihak penganjur Singapura kerana tiada keselamatan atau keselamatan kurang ketat.

Ada juga yang menyuruh Singapura ‘claim’ gadis gian itu.

Kurang puas hati dengan kecaman netizens, pelakon mapan Suria, Nick Mikhail memuatnaikkan video penjelasan di IGTV awal pagi semalam.

 

Nick dengan relanya ‘claim’ perbuatan ini. Sebagai salah seorang penaja, dia akui bahawa keselamatan pada malam itu boleh diketatkan lagi.

Dia juga menyoal netizens Malaysia. MK sendiri yang tidak menghebohkan keadaan, kenapa pula netizens bising sangat?

Ada juga yang menyifatkan kelakuan ini sebagai serangan seksual tapi Nick Mikhail kurang setuju kerana MK sendiri tidak ingin membuat laporan polis.

Dia juga meminta maaf bagi pihak penganjur dan memberitahu bahawa gadis itu tidak dibenarkan ke konsert MK lagi.

Kedai fizikal Nick Mikhail, Hombre21 yang terletak di daerah Bugis telah pun tutup dan kini, dia giat menjual vape.

InsyaAllah dibayar cukai, bukan macam Sarah Aqilah.

– Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s