SG Mania 2019: Wildcard

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam pusingan Wildcard SG Mania.

Dengar-dengar… Ramai tak puas hati dengan keputusannya. Kenapa? Jom kita lihat, ya?

Mereka nyanyikan lagu yang sama, bergantung kepada alat kelamin mereka. Pertama peserta wanita dengan ‘Semenjak Berjauhan’.

Persembahan yang ok. Tapi tak menghiburkan sangat.

Versi Kalysa baru lah merecik hawau sikit! Ada feels. Sedap didengar dengan suaranya yang serak-serak lembap ni!

Peserta lelaki dendangkan lagu ‘Kalau Ku Bayangkan’

Persembahan Izat ok je… Namun, vokalnya boleh tahan.

Yang bila Adeep Nahar berangkat tangan, wei! Macam ‘terpaksa’. Siapa yang angkat tangan diorang semasa lagu selow macam ni?

Kemudian, mereka nyanyi sekumpulan. Empat orang dalam pentas mini.

Sudah tentu, takde koreografi.

Tapi yang lagi penting, kenapa lagu ‘Sayang-Sayang’ oleh Aliff Aziz?

NGL, memang menghiburkan menonton mereka enjoying themselves gitu.

Dah lepas persembahan… siapa yang menang eh?

Ada dua peserta yang mara ke separuh akhir. Izat dan Adeep Nahar.

Nah-ha-har.

Sekarang sis tau kenapa ramai orang yang kurang puas hati.

Mestilah, Kalysa yang jauh lebih layak tu… kecundang?

Mengamuk Nick Mikhail!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nick Mikhail meluahkan kemarahannya atas ketidakadilan dalam pertandingan ini.

Katanya, ini semua bodek saja, bukan bakat!

Ini semua konspirasi pemerintah!!!

But oh wells, bukannya pemenang SG Mania yang dulu pun mencanak, kan? Diorang mediocre je…

Yang peliknye, kenapa Wildcard ni pilih 2 peserta ke peringkat seterusnya?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s