Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Video yang kini tular berleluasa di alam maya menunjukkan isteri Sufi Rashid, Nurulain, meninggalkan pelamin apabila ibu Sufi memeluknya hangat diperdebatkan warga maya.
Malah, ia dimuatnaikkan oleh ibunya sendiri dengan kapsyen, “Let the video speaks for itself.”
Petang semalam, Sufi Rashid telah keluarkan kenyataan di Facebooknya.
Hais. Baru jejak alam perkahwinan, pemenang Akademi Fantasia ini dah dihimpit dilema ibu-isteri.
Dalam kenyataannya di Facebook, Sufi kongsikan “sedikit” tentang peristiwa itu. Sepertinya isterinya telah mengalami pengalaman buruk bersama ibunya yang membuatkan isterinya berkelakuan sebegitu.
Awal pagi itu, Sufi telah memberi penjelasan yang lebih panjang.
Sepertinya kedua-dua wanita dalam kehidupan Sufi sedang mengalami pelbagai dugaan, menurutnya.
Dan walaupun mereka dan ahli keluarga yang lain tahu perkara sebenar, mereka tidak sesekali mengongsikan perkara itu kerana itu masalah keluarga dan tidak ingin membuka aib sesiapa.
Sufi juga ingin orang ramai berhenti mengongsi video tersebut. Tapi… kenapa ibu Sufi tak padam video tu eh?
Ibu Sufi juga menceritakan bagaimana dirinya dihalang ke majlis pada awalnya. Hmm… Betul ke?
Dia juga berkata kali ini dia tidak akan berdiam diri. Apesal eh?
Dah macam drama sinetron! Kenapa mak-mak juara pertandingan realiti semuanya kontroversial? Tak begitu, Mak Aliff Aziz?
Sebelum ini, ibu Sufi Rashid juga pernah mengongsi perbualan WhatsAppnya dengan “seseorang”.
Bacelah sendiri… Faham2 ea?
Mungkin sudah dipadam tapi…
Ada yang sempat screenshot!
Semoga mahligai yang dibina Sufi dan Nurulain berkekalan hingga ke syurga!
Semoga tabah hadapi cabaran rumahtangga!
Boleh buat drama Astro ni…
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] Itulah yang diumumkan di Instagram syarikat hiburan itu, yang turut menerbit lagu-lagu daripada Hael Husaini, Usop serta penyanyi asal Singapura, Sufie Rashid. […]
LikeLike