Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penuh bertenaga.
Itulah Urinetown: The Musical.
Muzikal oleh Pangdemonium ini mengejek kewibawaan pemerintah menggunakan tema yang… kita perlu hari-hari tapi pada masa yang sama, malu nak bincang depan khalayak ramai. Iaitu tandas!
Pada mulanya, memang kurang senang melihat watak Adrian Pang yang turut menjadi pencerita (narrator) dalam muzikal ini. Namun, cara dia membawa tanggungjawabnya sebagai seorang pencerita semakin menarik dilihat.
Bukan sekadar untuk memberitahu apa yang sedang berlaku, tapi juga menyuntikkan unsur jenaka dan berinteraksi bersama penonton.
Rasanya seperti menonton A Series Of Unfortunate Events!
Di mana watak Lemony Snicket memberitahu orang ramai bahawa malang akan menimpa tiga beradik Baudelaire itu
Sama dengan watak pencerita dalam Urinetown yang memberitahu penonton bahawa Urinetown ni sebenarnya, bukanlah muzikal gembira seperti Mamma Mia atau Aladdin!
Sungguh terpegun sekali mendengar suara kesemua pelakon yang menyanyi dan pada masa yang sama menari rancak di atas pentas. Bukan perkara mudah!
Terutama sekali watak utama, Bobby Strong yang dimainkan oleh Benjamin Chow. Bukan sahaja suaranya lunak didengar, malah lakonannya pun… fuh! Merecik, sis!
Antara pelakon lain yang mempunyai suara best adalah, Jo Tan yang memainkan watak Penelope Pennywise dan Mina Ellen Kaye sebagai Hope Cladwell.
Walaupun pada mulanya agak sedikit sukar untuk memahami loghat barisan pelakon ini, ia kemudian tidak menjadi satu masalah. Mungkin dah terbiasa atau dah mula faham?
Antara pelakon yang amat terserlah dalam muzikal ini adalah bakat muda, Muhamad Shafiq Haziq.
Peranannya mungkin kecil dalam muzikal ini, semangatnya menari dan menyanyi amat menonjol sekali. Memang sukar untuk tidak perasan anak muda yang amat berbakat ini walaupun pentas penuh dengan pelakon lain!
Kali terakhir kami menonton Shafiq adalah di pementasan Terang yang… amat malap sekali.
Melihat gelagat Erwin Shah Ismail sebagai Mr McQueen, geli hati dibuatnya!
Setelah tamatnya muzikal ini, seolah-olah penonton tak cukup keSean-Ghaziannya. Macam… Eh? Tak terasa keseksiannya yang membawa watak Caldwell B. Cladwell. Penonton inginkan lebih!
Melalui Urinetown arahan Tracie Pang ini, Pangdemonium menimbulkan isu semasa yang amat penting dengan selamba sekali.
Tentang hak asas. Iaitu untuk air dan pembuangan najis. Di Singapura, memanglah kita sering mempunyai isu dengan negara jiran tentang air. Tapi di negara lain, bukan saja air, tandas pun takde, sis.
Urinetown juga mengemukakan realiti kehidupan. Mungkin dengan menjatuhkan kuasa pihak berkuasa yang kejam, bolehlah rakyat hidup aman dan gembira.
Tapi di Urinetown, tidak sama sekali! Ini kerana cinta dan harapan saja tidak akan membawa perbezaan ke dunia ini. Harus adanya tindakan dan pelaksanaan.
Seperti kata pencerita, muzikal ini bukan muzikal yang seronok. 😦
Apa yang best sangat ada permainan bahasa dalam pementasan ini. Seperti… ERP (Economical Relief Pricing) dan banyak lagi.
Oh yes, ada satu babak ni mereka menari tarian klasik Michael Jackson! Kelakar sangat!
Boleh dikatakan bahawa Urinetown antara muzikal paling menghiburkan tahun ini!
⭐️: 4.5/5
Season Pass Pangdemonium bagi tahun 2020 dah keluar!
The Son, The Glass Menagerie dan The Full Monty menanti anda tahun depan
– Pengkritik Sandiwara
[Foto header oleh: Crispian Chan (Pangdemonium)]
Bacalah lagi!