Anugerah kini kembali!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Peraduan realiti malap lagi tidak relevan, Anugerah, kembali ke Suria buat kali ke… entah, who cares!

Anugerah yang terakhir ditayangkan di Suria adalah Anugerah 2017 di mana mereka menobatkan… exactly! Korang pun tak tahu siapa pemenang Anugerah 2017, kan? Memang jelas Anugerah dah hilang its touch dalam dunia hiburan setempat!

Tapi, oleh kerana inilah, mungkin pihak Mediacorp telah pun memberi nafas baru (ok tak baru sangat lah cuma yang lama tapi digabungkan) kepada konsep Anugerah kali ini!

Konsep baru Anugerah 2021

Menulis di lelaman Mediacorp, Anugerah kali ini bukan saja menerima penyertaan solo, tapi berkumpulan juga! Tak kisahlah duo ke, bertiga mahupun band! Bukan itu saja, yang dah lanjut usia kalau nak capai impian jadi penyanyi, pun boleh ikut serta sebab Anugerah dibuka kepada mereka yang berusia 16 hingga 60 tahun!

Wow mengembalikan Anugerah Band dan Anugerah V yang hanya berlaku sekali hahaha sebab let’s be honest it was kinda a failure… kot?

.

Ha kau! Macam mana tu? Adakah kita akan melihat pelbagai kategori dalam Anugerah kali ini? Adakah kategori mengikut solo, kumpulan dan band atau berdasarkan usia? Berapa ramai pemenang?

Nampaknya, kalau kita benar-benar ingin tahu semua ni, kita harus tonton but… siapa nak tonton? Sis masih ingat Anugerah 2017 kalau tak silap, walaupun panggung tu memang dah kecik, penonton cuma isi separuh tempat duduk! wkwkwkwk kesian…

Persoalannya, adakah konsep baru ni akan menarik warga Singapura menonton rancangan realiti yang membosankan ini?

Pemenang Anugerah sebelum ini

Apa terjadi kepada pemenang Anugerah 2017? Kenapa ramai tak kenal dia? Dia ada album tak? Kerjaya muzik dia bagaimana? Berjaya?

Jika dahulu, Anugerah merupakan wadah untuk peserta memperkenalkan diri mereka kepada orang awam dan menunjukkan bakat mereka, dan setelah itu mengembangkan kerjaya mereka sebagai serorang penyanyi, sis rasa Anugerah baru-baru ni sekadar untuk showcase. Dabes peraduan, dabeslah perjalannye sebagai seorang anak seni, gitew.

Lihat saja pemenang-pemenang mahupun para finalis Anugerah baru-baru ini. Apa mereka buat?

Rahayu Ridwan? Erm? Mohd Shahfiq?

Adakah nama-nama ini familiar kepada anda? Tak? Memang patut lmao.

Look, kalau korang nak join Anugerah just for the money, sure! You do you. But still, Suria has to do something to attract people to watch this show!

Mana ‘realiti’ dalam peraduan realiti?

Ingat tak dulu Anugerah was the show to watch setiap Selasa? What happened? Dulu ada roadshow semua, berpusu-pusu orang pergi tengok! Now? Meh.

.

Apa yang tiada dalam Anugerah adalah perbezaan dan unsur-unsur untuk kekal relevan. Dari dulu hingga sekarang, tetap sama.

Peserta nyanyi (not even full song) dan pengadil beri komen. Pastu peserta tersingkir. Setiap minggu macam tu.

Kalau kita lihat negara jiran, penonton bukan sekadar terhibur dengan nyanyian peserta, penonton dapat mengenali peserta dengan lebih dekat lagi.

Ini dengan adanya webisod atau rancangan-rancangan BTS, wawancara eksklusif yang luar daripada masa rancangan utama. Suria tak pernah menunjukkan aspek realiti dalam rancangan peraduan realiti mereka!

Sekiranya ini berlaku, mungkin penonton akan lebih tertarik? Ini kerana kami tahu bahawa selain menyanyi, peserta ni ada personaliti yang menawan. Bolehlah follow di IG, dan setelah itu, walaupun menang atau tidak, boleh teruskan sokong mereka!

Di bawah ini merupakan nama-nama pemenang peraduan realiti Suria. Tanya sama diri anda sama ada anda mengenali lebih daripada 50% nama-nama tersenarai!

  • SG Mania 2019: Rahila Rashun

  • Anugerah Skrin Elit 2018: Hans Hamid, Hana Rosli

  • Anugerah 2017: Mohd Shahfiq

  • SG Mania 2016: Nana Karia

  • Anugerah Skrin 2015/2016: Yaya Hamid & Syaiful Ariffin

  • SG Mania 2014: Iskandar Ismail

  • Anugerah V 2012: Useriman Yunos

  • Anugerah 2011: Rahayu Ridwan

  • Anugerah Skrin 2010: Erwin Dawson & Syirah Jusni

  • Anugerah 2009: Sarah Aqilah

  • Anugerah Band 2008: Rancour

  • Anugerah 2007: Aliff Aziz

  • Anugerah skrin 2006: Huda Ali & Shahril Wahid

  • Anugerah 2005: Hyrul Anuar

  • Anugerah 2004: Aqmal N

  • Anugerah 2003: Eka Mairina

  • Anugerah 2002: Indra Hamzah

  • Anugerah 2001: Rudy Djorhanaen

Whatever it is, kami harap para peserta Anugerah 2021 akan diberi cabaran yang menarik dan tidak akan menyanyi ikut rentak tarian ala-ala persembahan di CC!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Mediacorp)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s