Lebih 500 penyertaan Anugerah 2021 aje?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Walaupun ujibakat fizikal ditiadakan dan digantikan dengan ujibakat melalui wadah digital/video, peraduan realiti mencari bakat, Anugerah 2021, hanya menerima lebih 500 penyertaan.

Itulah yang dikongsi melalui video yang dimuatnaikkan di socmed Suria serta dalam wawancara di BeritaMEDIACORP (kalau Min tak silap).

Ini agak membimbangkan kerana kita semua pasti ingat akan zaman gemilang Anugerah anjuran Mediacorp Suria dahulu kala di mana ujibakat diadakan di pusat membeli-belah, sehingga terpaksa extend sebab banyak sangat orang ingin memasuki pertandingan ini!

Seems like sekarang bahang Anugerah tidak dapat dirasakan lagi, meskipun cogan katanya ‘BAKAT MENYALA IMPIAN TERNYATA’.

Impian siapa yang ternyata? hahahahahhaha

Cuba korang buat kira-kira. 500 penyertaan bagi kategori solo, pasangan, kumpulan dan band. 4 kategori. Ini bermakna, secara purata setiap kategori hanya menerima….125 penyertaan. Sedih sungguh!

Tapi pada masa yang sama, sis suka cara marketing Anugerah 2021 di TikTok. Yelah… terpaksa pikat perhatian generasi lebih muda, kan?

@mediacorp_suria

Listen to Anugerah2021’s choral group AAW with their own rendition of popular #KopiDangdut#foryou #foryoupage #fyp #throwback #MinTok

♬ original sound – Mediacorp Suria – Mediacorp Suria

Bukan sekadar snippets saja, para peserta juga disuruh buat cabaran atau TikTok challenge! Comel gitew.

Kami harap kali ini kami dapat mengenali para peserta dengan lebih mendalam lagi dan menerapkan lebih unsur realiti dalam peraduan realiti ini! Takkan nak nyanyi, dengar komen juri, pastu dahbes, kan?

Adakah anda akan menonton Anugerah 2021 apabila ia ditayangkan setiap Selasa mulai 2 Februari? Agak-agak siapakah Top 18 yang akan muncul juara dan… malap atau sebaliknya?

$25,000 dok hadiah juara.

Persoalannya, berapa banyak pemenang eh? Sebab ade 4 kategori!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s