‘Not My Mother’s Baking’ bukan cinta biasa

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya korang ternampak trailer filem Not My Mother’s Baking ni, pasti korang dapat agak bahawa filem ini pasal another kisah cinta antara Melayu dan Cina yang dilarang dek perbezaan budaya dan agama, tapi akhirnya dapat dileraikan.

Tapi, apa yang membuat perjalanan cinta watak Sarah dan Edwin lebih menarik adalah personaliti keluarga masing-masing yang menambahkan flavour kepada kisah cinta ala Romeo dan Juliet ini.

major spoiler alert kepada mereka yang ingin tonton this film kat pawagam! you've been warned k

Selang beberapa minit menonton filem ini, memang tidak boleh dinafikan bahawa Min amat skeptikal terhadap filem ini disebabkan barisan pelakon yang membintangi Not My Mother’s Babi Baking ni.

Apakan tidak, sejak bila Cef Siti Mastura berlakon? Setahu aku dia ajar memasak jek. Anak dia, Cef Sarah, juga turut berlakon sebagai anak dia dalam filem ni? Siapakah watak-watak lain dalam filem ni? Kalau watak Cina tu jangan cakap la memang sis tak kenal pun, kecuali watak bapak Edwin yang pernah sis lihat di kaca TV.

Namun begitu, pasti penonton Melayu gembira dapat melihat pelakon mapan Zack Zainal beraksi di layar perak, bersama anaknya Benjamin Zainal (yang juga memain watak sebagai anaknya). Menurut pengarah filem ini, Remi M Sali, mereka terbang khas dari Dubai untuk filem ini! Pasti bergelora kan jantung akak-akak di luar sana dapat tengok Zack Zainal lagi.

Tetapi, oleh kerana inilah filem ini sebenarnya menjadi. Ini kerana lakonan para pelakon ini kelihatan begitu natural dan tidak terlalu drama. Bukan macam drama Tanglin. Skripnya juga kedengaran seperti apa yang kita bakal dengar dalam perbualan seharian antara keluarga dan rakan.

Kecuali perbualan Inggeris antara Sarah dan Tini. Sedikit janggal, mungkin dengan lebih Singlish dan Melayu, ia pasti lebih baik Min rasa.

Cakap pasal skrip ni semua, Min berpendapat bahawa apa yang membuat penonton percaya bahawa kita sedang menonton dua watak dalam proses jatuh cinta adalah tabiat mereka setiap malam. Setiap malam Edwin dan Sarah berWhatsApp, abeh tiber nak bergantung pulak tu, selalu mengadu pasal si dia pada rakan baik.

Inilah ciri-ciri orang sedang bercinta, dan filem ini dapat menyampaikan rasa cinta antara Edwin dan Sarah tanpa mereka berdua melafazkan ‘I love you’ terhadap satu sama lain.

Apa yang membuat kisah cinta dua agama ini berbeza adalah perniagaan keluarga Edwin yang menjual babi panggang. Sekiranya drama-drama lain hanya menimbulkan isu agama yang berbeza, filem ini mempunyai risiko besar yang harus watak Edwin pertikaikan. Iaitu kesinambungan resipi pusaka keluarganya.

Ibunya melarang cinta anaknya dengan gadis Melayu bukan kerana agama mereka yang berlainan, tapi hakikatnya adalah perniagaan keluarga mungkin tidak akan dilestarikan. Melalui peristiwa ini, kami juga dapat melihat betapa anak lelaki masih diutamakan dalam keluarga Cina.

Ini kerana walaupun mempunyai anak perempuan, ibu bapa Edwin agak ragu-ragu untuk pass the baton kepada anak keduanya. Sebab mereka adalah kerana anak perempuan mereka seorang yang mempunyai ijazah sarjana muda dan tidak seharusnya bekerja keras di gerai.

Meskipun anak perempuannya rajin menolong di gerai dan tiap kali dia tolong, bisnes lebih maju, ibu bapa Edwin tetap ingin Edwin teruskan perniagaannya. But in the end, bisnes diambil alih anak perempuannya lah sebab Edwin dah tak boleh lagi kan! And idk what degree si dektu ada, mungkin bisnes kot so boleh majukan lagi bisnes babi panggang ya?

.

Babi panggang bukan satu-satunya penghalang percintaan Edwin dan Sarah. Imran (Asraf Amin), wingman kepada mereka berdua, juga ada hati terhadap Sarah!

Kemunculan lelaki Melayu dalam hidup Sarah memberi harapan kepada Cef Siti Mastura agar anaknya kahwin lelaki Melayu, agar lebih senang. But c’mon, cinta tepuk sebelah tangan kot si Imran ni????? TIBER TAU!

Selain daripada kisah cinta Sarah dan Edwin, apa yang membuat filem ini amat disukai adalah the character arc untuk Sarah.

Selalu dilabel ‘anak Cef Siti Masturah’, Sarah akhirnya menerima realiti bahawa ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan menguasai panggilan itu dengan memulakan siri video sambil mengejek ibunya. Pada mulanya, ia tidak diterima ibunya tapi… sukses juga akhirnya!

Also, sis rasa bahwa narration oleh bapak Edwin agak janggal to me??? Sebab… why eh? It’d be more colourful sekiranya Matin narrate kot? I mean dia is the embodiment of both Chinese and Malay intermarriage kot sebab dia ni Melayu makan babi????? HAHAHAHAH bukan sekadar tu, dia lah pemangkin kepada perhubungan Edwin dan Sarah.

Secara keseluruhan, filem ini harus ditonton setiap warga negara kerana it’s very Singaporean. Memang dah lama kita tunggu filem yang menonjolkan kepelbagaian budaya di Singapura di mana kita dapat mendengar 3 bahasa, pelajari lebih tentang tradisi bangsa lain dan banyak lagi. Mediacorp should take notes, ok?

Bukan itu saja, filem ini juga menimbulkan isu-isu yang amat penting dalam hal agama dan budaya dalam cara yang mencuit hati. Think ‘Sepet’ but make it funnier, gitew!

Persoalannya, apakah perbualan rahsia antara Imran dan Cef Siti?

Kalau korang nak tonton, masih boleh tonton tau!

.

Cepat-cepat tempah tiket, ok?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: lelaman notmymothersbaking.com)

Tinggalkan komen