Fiesta Komedi 3 tak kelakar langsung!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sesungguhnya, siapakah yang membaca skrip sketsa Fiesta Komedi dan berkata, “ayuh rakam babak ini, kelakar sangat!”

Kesian… adakah para jurukamera, tukang bunyi, busana IC, prop & logs IC ketawa apabila merakam Fiesta Komedi musim ketiga ini?

Pada episod pertama bertajuk Bujang Tersalah Hantar, tidak banyak (or even tiada) punchline yang mencuit hati. The only saving grace was gelagat dan lakonan Suhaili sebagai watak Munah. Yang lain macam… tak kelakar pon!!!! Pasti senang eh nak sunting video ni sebab orang yang menyunting pun boleh lakukannya dengan a straight face lmao.

Min dah tonton episod 2 dan 3 yang bertajuk Mertua International dan Tersalah Firasat.

Tak tau nak letak tajuk apa? Senang kan kerja diorang, letak imbuhan TER- je kat depan. Dah kelakar. TERsalah Firasat, Bujang TERsalah Hantar. Ni belum episod-episod lain tau… TERtekan Minyak!

Dalam Mertua International, tidak boleh dinafikan bahawa inti kisah ini agak padat dan penuh pengajaran. Tapi… ni Fiesta Komedi kot, dan unsur komedinya memang tak wujud pun!

Mawar (Elfaeza Ul Haq) mempunyai matair omputeh (Bobby Tonelli) dan ibu Mawar (Som/Kelly) tiber tukar personaliti kepada ibu ala international yang ingin mengalu-alu menantu omputeh.

Rakannya Enon (Wahyu Rahman), berkata bahawa dengan menantu Caucasian, pasti orang ramai akan pandang upz kepada keluarga Som dan Moktar (bapa Mawar dilakonkan Ahmad Stokin).

Aik? Ke situ pulak. Padahal watak Matt ni social media influencer jek. Tu pun orang akan pandang upz? Hanya sekadar dia mat salleh? Apa ni? Adakah kita masih mempunyai pemikiran orang-orang dijajah? Kahwin orang puteh je darjat kita dinaikkan eh? Kalau dia kerabat diraja takpelah! Dia orang biasa kot????? Ape sak!!!

Selain itu, memang takde adegan yang lucu. Lakonan over Wahyu Rahman pun tak kelakar.

Untuk Tersalah Firasat pula… Min tak tengok sampai habis. Ini kerana Min rasa penulis skrip ni tak faham assignment yang diberi.

Kita semua tahu bahawa rancangan Fiesta Komedi ini seharusnya mempersendakan/memparodikan drama Mediacorp Suria yang popular, kan? Tapi dalam episod ketiga Fiesta Komedi ni… takde kaitan dengan drama bersiri Firasat. Tak kisah lah musim 1 atau 2.

Min rasa penulis skrip hanya fokus kepada tajuknya iaitu ‘Firasat’ tanpa membuat sebarang reference kepada drama asli.

Firasat yang dimaksudkan dalam sketsa lakonan Sharil Wahid, Fatin Amira, Zainal Ihim, Awal’liyah Ja’afar dan Erlin Montel Fadhilah Samsudin (comeback ke sis?) adalah kuasa seorang bomoh.

Ia mengenai sebuah syarikat pengiklanan yang ingin ‘menarik balik’ rezeki mereka. Takde kena mengena pasal drama polis-polis Firasat. So… Min malas nak tonton! Ape punya parodi lah. Pui!

Adakah Min akan tonton episod-episod seterusnya? Yes. Sebab nak kutuk orang-orang di belakang sketsa yang amat basi ni hahahahhahahahahhah urgh Suria apa kau buat!!!!!

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s