Ayuh kenali Top 18 Anugerah 2021!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal hari ini, Mediacorp Suria telah pun mengumumkan peserta 18 terbaik (Top 18) bagi peraduan cari bakat terhangat setempat iaitu Anugerah 2021.

Siapakah mereka dan dapatkah kita kenali individu-individu berbakat ini dengan lebih mendalam menerusi rancangan realiti yang sudah bertahan berdekad lamanya?


Afiq Atan

Nampaknya tiada pengenalan mengenai Top 18 ini selain nama mereka serta akaun Instagram mereka.

Nasib Suria dah tak suruh mereka tukar nama Instagram. Ingat dulu Anugerah Skrin mereka suruh tukar @skrin.xxx or sumtin.

Teeqa RZ

Semestinya, dunia hiburan dalam darahnya tidak boleh dipisahkan! Anak DJ RZ ke tu?

Anak-anak Haron

Jom kembali ke zaman awal 2000 dengan nama kumpulan seperti ‘Anak-anak Haron’. Orbit sungguh! You might wanna rebrand, or you do you!

O.M.A

Apakah itu O.M.A? Orang-orang Menang Anugerah? A visionary!

Azra Zulaikha

Fuh, nama dia macam artis lah. Min suka!

Awwcappella

Nama kumpulan ini amat comel dan simple! Senang nak ingat and orang ramai pasti ingat mereka apabila a cappella comes to mind.

Muhd Haziq

Nama yang senang untuk dilupakan, tapi suara lebih penting!

Raliff Ismail

Ni pun ada nama artis uolls! Love the hair too!

Meeda Zainal

Gambar ini memberi very the Aishah vibes. Selain itu, kita harus support akak ni sebab dia jual HBB min rasa.

Nothing but love only for her!

Fatin Adriana

Sis Fatin… kenapa ambil gambar tangan tu cross ye…? Tak bagus untuk first impression.

Back2Basics

Lagi satu nak cross arms…… Back2Basics ala 4U2C?

Ace Iskandar

Nama betul ape, bang……..

Andry Darwisy

He’s a T kid and it shows.

Zulhimi Zulkifli

Ok.

Qhum Johani

Qhum. A star. Period. Should just rebrand herself as Qhum.

Maya Azizi

Xiaxue Melayu ke tu…… Rambut blonde uolls.

OSG

OSG maksudnya apa? Otai Sangat Garang?

Saát

Kenapa? Kenapa saat dieja sebegitu?


Dan itulah Top 18 Anugerah 2021. 12 solo, 4 band dan 2 kumpulan. Dari jumlah peserta dari setiap kategori saja kami boleh membuat kesimpulan bahawa mereka tidak akan dipecahkan mengikut kategori. Setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk meraih ke peringkat seterusnya dan memenangi hadiah utama $25,000!

Selain itu, kapsyen dalam kesemua 18 siaran itu juga menyatakan bahawa pengadil tetap Anugerah 2021 ialah Najip Ali dan Ann Hussein. Khairudin Samsudin, Suhaillah Salam dan Farah Lola merupakan hos rancangan peraduan realiti pertama Suria pada dekad ini.

Bukan itu saja, pasti playlist/jamming session yang dimaksudkan itu kat aplikasi MELISTEN kan? Or whateva.

Tak sabar Min nak tengok bintang baru yang akan dilahirkan! Gitew.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Mediacorp Suria)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s