Sesi jamming Anugerah 2021 tarik ribuan tontonan!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, Mediacorp Suria telah memuatnaikkan video klip nyanyian para peserta Anugerah 2021 di wadah penstriman kegemaran ramai, iaitu Toggle MeWATCH.

Menerusi sesi jamming itu, penonton dapat ‘mengenali’ peserta Anugerah dengan lebih dekat dengan membaca kapsyen pendek yang tertera di lelaman MeWATCH, sambil mendengar suara lunak mereka.

Min tidak akan menilai nyanyian mereka kerana Min tak tau pasal nyanyi ni semua. Cuma Min nak cakap bahawa wadah ini merupakan peluang untuk memperkenalkan diri mereka kepada penonton, dan juga menunjukkan kebolehan mereka. Tapi kenapa ada je yang nyanyi lagu yang… senang-senang?

Tidak mencabar diri langsung. Pastu, sebelum menyanyi, mereka harus jelaskan mengapa mereka pilih lagu tersebut. Min rasa cara mereka terangkan sebab tak meyakinkan langsung. Setakat lagu sedap, lirik menarik je dah gitu? Takde visi langsung. Macam mana penonton nak kenal korang? Dah lah kapsyen yang Suria tulis merepek, dalam bahasa Inggeris pulak tu!

Untuk kesemua peserta, mereka akan tulis “Who is xxx”. Peliknya, setelah menonton video klip mereka, penonton masih tertanya-tanya siapakah mereka……… sebab takde sesi pengenalan langsung.

Min dah tonton semua, dan boleh tahan lah peserta tahun ni. Ada 2-3 peserta yang stand out! Cuma Min nak tahu bagaimana mereka akan dinilai sebab ada kumpulan dan solo. Jadi kalau Min pikiak… macam tak adil kan kalau solo dinilai sama dengan kumpulan dan vice versa? Ni cuma pendapat jek.

Lagi satu Min perhatikan ialah jurang umur antara peserta. Nampak sah yang lebih senior mendendangkan lagu-lagu dari zaman mereka, dan peserta muda melantunkan lagu-lagu yang lebih baru.

Bagaimanakah Suria akan selesaikan ‘masalah’ ini? Atau memang ini disengajakan untuk menarik perhatian kedua-dua anak muda dan warga senja untuk menonton Suria?

Yang penting, studio di mana mereka rakam ni macam……. ermz, korang tengok je lah. No komen, taccod!

Min harap Anugerah 2021 takkan boring ye. Nak support, tapi kalau merepek, dikecam ler. Period queen.

Whatever it is, semoga maju jaya kepada peserta Anugerah 2021!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar tangkap layar mewatch Suria)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s