Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pemuzik setempat, Sarah Aqilah, telah berkongsi di Instagramnya bahawa terdapat sesebuah akaun yang cuba menyerupai dirinya dengan niat untuk menipu melalui giveaway.
Sekiranya korang dapat permintaan rakan (friend request) atau DM daripada akaun @sarahaqilah.n, itu sebenarnya bukanlah pemenang Anugerah 2009. Apa yang membezakan dua akaun ini adalah tanda “.” dan “_”.
Menulis di IG tulennya, penyanyi yang lebih manja dipanggil dengan nama timangannya, Miss J, berkata “Harap jangan terima permintaan rakan atau ikut akaun yang lagi satu ini. Seseorang cuba mempergunakan akaun saya untuk menipu anda. Tolong beritahu rakan dan keluarga anda juga. Harap kongsi, sekat dan laporkan perkara ini. Terima kasih dan maaf atas kesulitan ini.”
Apa yang menarik tentang akaun bedek usahawan puff itu adalah ia direka hari ini, dan sekurang-kurangnya 20 gambar sama telah dimuatnaikkan ke akaun itu, membuat warganet kurang peka percaya bahawa itu benar-benar penyanyi suara lantang itu.
Sekiranya anda ragu-ragu, periksa dahulu garis masa gambar-gambar yang dimuatnaikkan. Jangan mudah terpedaya dengan giveaway yang kononnya dianjur para retis, sebab retis setempat takde hal nak buat giveaway.
Lagipun, retis nak follow kau ape hal?
Apabila kami periksa akaun bedek itu lewat petang tadi, akaun itu sudah pun kosong.
Memang padan muka!
– Pengkritik Sandiwara
[…] semalam warganet setempat dikejutkan dengan akaun bedek Sarah Aqilah yang cuba menipu orang melalui DM di Instagram, hari ini mangsa selebriti seterusnya merupakan […]
LikeLike
[…] Nampaknya scammers bekerja keras minggu ini. Dah lepas satu retis, satu lagi! […]
LikeLike