Semalam Sarah Aqilah, niari Rafaat Hamzah pulak. Esok siapa?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru semalam warganet setempat dikejutkan dengan akaun bedek Sarah Aqilah yang cuba menipu orang melalui DM di Instagram, hari ini mangsa selebriti seterusnya merupakan pelakon berbakat, Rafaat Hamzah.

Kali ini, apa yang membezakan akaun tulen pelakon ini dengan akaun tiruan adalah tambahan huruf H di belakang nama IGnya iaitu @rafaat_haji_hamzahh.

Menulis di IGnya, Rafaat Hamzah berkata, “Awas! IG saya dispam. “Hamzahh” dengan ‘h’ berganda adalah palsu!!! Vavi vetullah. HARAP SEKAT DAN LAPORKAN.”

Apabila pihak kami ke akaun instagram palsu, nampaknya gambar-gambar Rafaat Hamzah tetap wujud. Ayuh kita laporkan sama-sama!

Antara rakan media yang mengikut akaun palsu ini adalah Riz Sunawan dan Zai Baktian. Aik?

Ingat, kalau ada retis follow korang, high chance tu bedek ler. Tiber retis nak kasi giveaway? Haprak!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s